Kari Ayam Mamak dengan Roti Canai - Nak Makan Apa?

Kari Ayam Mamak dengan Roti Canai

Simpan ke kegemaran anda

30min
6 Hidangan
Ringkas - Easy
Nak Makan Apa|Ogos 20, 2022 Decorative Image

Bahan-bahan

Ingredients

  • 600 g Ayam, potong ketulan kecil
  • 300 g Bawang besar, dihiris nipis
  • 80 g Bendi
  • 20 g Bawang putih, dihiris
  • 30 g Halia, dihiris
  • 2 batang Serai, ditumbuk
  • 1 batang Kayu manis
  • 6 kuntum Bunga cengkih
  • 2 kuntum Bunga lawang
  • 6 biji Buah pelaga
  • 8 tangkai Daun kari
  • 3 tangkai Cili kering, dihiris nipis
  • 3 biji Cili hijau, dibahagi 4
  • 85 g Serbuk kari ikan + 1 cawan air, dijadikan pes
  • 200 g Tomato, dihiris kasar
  • 5 cawan Air
  • ½ cawan Minyak masak
  • 6 helai Roti canai

Langkah-langkah

1

Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bawang besar, bawang putih dan serai sehingga warna perang dan empuk. 

2

Masukkan semua rempah ratus dan tumis selama 2 minit. Kemudiannya, masukkan pes kari ikan dan tomato, terus goreng lagi selama 2 minit. 

3

Akhirnya, masukkan ayam dan kacau sehingga sebati. Tambah air sedikit demi sedikit dan biar mereneh.

4

Apabila ayam sudah masak, masukkan bendi dan Knorr Kiub Pati Ayam. Kacau rata dan reneh selama 5 minit. Padamkan api dan hidangkan bersama roti canai. 

  

Decorative Image
Kandungan disimpan ke kegemaran anda.
Kandungan dikeluarkan daripada kegemaran anda.