Kek Ikan Tom Yam ala Thai

10minit
6 Hidangan
Ringkas - Easy
Kek Ikan Tom Yam ala Thai side

Bahan-bahan

Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
Knorr Kiub Pati Tom Yam
  • 400 g Pes ikan
  • 60 g Kacang panjang, dihiris nipis
  • 1 biji Telur, dipukul
  • 6 helai Daun limau purut, dihiris jalur halus
  • 2 sudu teh Gula Melaka
  • 2 biji Cili padi, dicincang halus
  • 2 sudu besar Serai, diparut halus
  • 3 tangkai Daun ketumbar, dicincang halus

Langkah-langkah

1

Di dalam mangkuk, satukan semua bahan untuk menjadi pes halus.

2

Panaskan minyak di dalam kuali, basahkan tapak tangan dan ambil sesudu pes ikan dan leperkannya menjadi patty ikan.

3

Kemudian, goreng kek ikan sehingga warna kuning keemasan pada kedua-dua belah. Dihidangkan panas dengan salad lobak merah dan timun.

Exit mobile version