Lodeh - Nak Makan Apa

Resipi Sayur Lodeh

Simpan ke kegemaran anda

Minat Masakan Tradisi Melayu? Ikuti resipi Lodeh yang mudah dan enak yang pasti mengembirakan hati dan menaikkan selera semua.

1jam 5minit
5 Hidangan
Ringkas - Easy
~420kcal/hidangan*

*Sumber Rujukan Pengiraan Nutrien: USDA, Data Komposisi Makanan Malaysia, Tenaga dan Komposisi Nutrien Makanan Singapura dan Label Produk.

Nak Makan Apa|April 20, 2019 Decorative Image

Bahan-bahan

Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
kiub pati ikan bilis
Knorr Kiub Pati Ikan Bilis
Beli dalam talian
Decorative Image

Bahan-bahan Kisar

  • 1 labu bawang besar
  • 10 bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • sedikit air
  • 100 g udang sederhana, dibuang kulit
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar pes cili
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 2 sudu besar udang kering, direndam dan ditumbuk/dicincang
  • 2 inci lengkuas, dilebam
  • 1 tangkai serai, dilebam
  • 3 cawan air
  • 1 lobak merah, dihiris
  • 200 g kubis, dihiris halus
  • 4 kacang panjang, dipotong 2 inci panjang
  • 1½ cawan santan
  • 1 helai fucuk
  • 1 biji tauhu, didadu
  • 1 paket tempe, dihiris dan goreng
  • 50 g suhun, direndam
  • garam secukup rasa
  • 2 biji telur rebus, dibelah dua
  • 150 g Nasi impit

Langkah-langkah

1

Kisar bahan-bahan kisar menjadi pes pekat.

2

Panaskan minyak masak di dalam periuk besar. Tumis bahan-bahan kisar hingga empuk.

3

Masukkan pes cili, serbuk kunyit, udang kering, lengkuas dan serai. Tumis lagi untuk beberapa minit.

4

Tambah air, biarkan mendidih.

5

Tambah Kiub Pati Ikan Bilis Knorr dan gaul sebati.

6

Masukkan hirisan lobak merah, kubis, kacang panjang dan santan. Reneh hingga sayuran menjadi empuk.

7

Akhir sekali masukkan fucuk, tauhu, temped & suhun.

8

Perasakan dengan garam.

9

Hidangkan bersama telur rebus dan nasi impit.

Decorative Image

Tips nutrisi

Gantikan santan dengan yoghurt asli. Yoghurt mengandungi lebih nutrisi seperti kalsium; dan lebih kurang lemak tepu.

Kandungan disimpan ke kegemaran anda.
Kandungan dikeluarkan daripada kegemaran anda.