Masak Lemak Udang dengan Nenas - Nak Makan Apa?

Masak Lemak Udang dengan Nenas

Simpan ke kegemaran anda

40minit
5 Hidangan
Ringkas - Easy
Nak Makan Apa|Mac 20, 2023 Decorative Image

Bahan-bahan

Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
kiub pati ikan bilis
Knorr Kiub Pati Ikan Bilis
Beli dalam talian
Decorative Image
  • ½ kg udang
  • ½ biji nenas
  • 1 tangkai cili merah
  • 3 tangkai cili padi
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 Kiub Pati Ikan Bilis Knorr Knorr Kiub Pati Ikan Bilis
  • Gula - jika perlu
  • 2 plastik kecil santan - boleh guna 1 kotak santan kotak (200ml santan + 200ml air)
  • 1 batang serai - ketuk
  • 1 helai daun kunyit

Langkah-langkah

1

Kisar cili merah, cili padi dan bawang putih. Masak bahan kisar dengan sedikit air sehingga mendidih.

2

Kemudian dituangkan santan dan masukkan daun kunyit dan serai sehingga mendidih dengan api perlahan

3

Setelah santan mendidih, masukkan nenas dan masak seketika sebelum dimasukkan udang. Masukkan Kuib
Pati Ikan Bilis Knorr dan gula.

4

Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat. Sedap dimakan dengan nasi putih panas panas. Selamat mencuba…

Decorative Image
Kandungan disimpan ke kegemaran anda.
Kandungan dikeluarkan daripada kegemaran anda.