Nasi Biryani Ayam Kurma - Nak Makan Apa?

Nasi Biryani Ayam Kurma

Simpan ke kegemaran anda

30min
6 Hidangan
Ringkas - Easy
NMA Team|April 4, 2022
Decorative Image

Bahan-Bahan

Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
Knorr Kiub Pati Ayam
Knorr Kiub Pati Ayam
Beli dalam talian
Decorative Image
  • 600 g Ayam, dipotong kecil
  • 6 sudu besar Santan
  • 5 sudu besar Serbuk kari kurma
  • 100 g Ubi kentang
  • 40 g Lobak merah
  • 100 g Tomato ceri merah
  • 5 tangkai Daun ketumbar
  • 250 g Beras basmathi
  • 2 campur dengan 2 cawan air, Knorr Kiub Pati Ayam
  • 1 sudu teh Serbuk lada sulah
    Secubit garam

Bahan-bahan tumis

  • 60 g Bawang besar
  • 20 g Bawang putih
  • 15 g Halia
  • 2 batang Kayu manis
  • 4 biji Bunga lawang
  • 6 biji Buah pelaga
  • 2 biji Cili hijau
  • 4 helai Daun pandan
  • 6 sudu besar Minyak sapi

Untuk hiasan:

  • Bawang goreng, daun ketumbar, cili merah, kacang ganjus
Decorative Image

Langkah-Langkah

1

Perap ayam dengan serbuk kari kurma dan santan selama 30 minit di dalam peti sejuk.

2

Panaskan ghee di dalam kuali dan tumis bahan-bahan tumis sehingga wangi. Masukkan beras basmathi dan goreng selama 1 minit. Kemudian, masukkan ayam dan goreng selama 1 minit lagi.

3

Pindahkan campuran nasi ke dalam periuk nasi, tuangkan campuran Knorr Kiub Pati Ayam, sayur-sayuran, serbuk lada sulah dan garam. Kacau sehingga sebati dan masak mengikut arahan periuk nasi.

4

Hias dan hidangkan panas.

Kandungan disimpan ke kegemaran anda.
Kandungan dikeluarkan daripada kegemaran anda.