Bahan-bahan
-
750 g Daging kisar
-
2 dikisar Knorr Kiub Pati Lembu (6 Kiub 60g)
-
1 kg Ubi kentang, buang kulit dan dihiris ½ inci bulat
-
6 sudu besar Pes rendang
-
40 g Kerisik
-
3 Daun limau purut, dihiris nipis
-
1 Daun kunyit, dihiris nipis
-
½ cawan Santan lemak fendah
-
¼ cawan Air
-
Air untuk merebus ubi kentang
Langkah-langkah
1
Rebus ubi kentang selama 3-4 minit. Toskan air dan ketepikan.
2
Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis daging sehingga perang sedikit. Masukkan pes rendang, kerisik, daun limau purut dan daun halia. Kacau sehingga sebati.
3
Masukkan Knorr Kiub Pati Lembu, air dan santan. Kacau sehingga sebati dan reneh selama 2-3 minit.
4
Tuangkan daging rendang ke dalam kaserol dan susun ubi kentang di atas ia. Sapukan sedikit minyak masak di atas topping. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180˚C selama 20 minit. Hidangkan panas.