Pai Daging Rendang dengan Kentang Topping - Nak Makan Apa?

Pai Daging Rendang dengan Kentang Topping

Simpan ke kegemaran anda

45minit
8 Hidangan
Ringkas - Easy
~370kcal/hidangan*

*Sumber Rujukan Pengiraan Nutrien: USDA, Data Komposisi Makanan Malaysia, Tenaga dan Komposisi Nutrien Makanan Singapura dan Label Produk.

Nak Makan Apa|April 13, 2021
Decorative Image

Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
Knorr Kiub Pati Lembu (6 Kiub 60g)
Knorr Kiub Pati Lembu (6 Kiub 60g)
Beli dalam talian
Decorative Image
  • 750 g Daging kisar
  • 1 kg Ubi kentang, buang kulit dan dihiris ½ inci bulat
  • 6 sudu besar Pes rendang
  • 40 g Kerisik
  • 3 Daun limau purut, dihiris nipis
  • 1 Daun kunyit, dihiris nipis
  • ½ cawan Santan lemak fendah
  • ¼ cawan Air
  • Air untuk merebus ubi kentang
Decorative Image

1

Rebus ubi kentang selama 3-4 minit. Toskan air dan ketepikan.

2

Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis daging sehingga perang sedikit. Masukkan pes rendang, kerisik, daun limau purut dan daun halia. Kacau sehingga sebati.

3

Masukkan Knorr Kiub Pati Lembu, air dan santan. Kacau sehingga sebati dan reneh selama 2-3 minit.

4

Tuangkan daging rendang ke dalam kaserol dan susun ubi kentang di atas ia. Sapukan sedikit minyak masak di atas topping. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180˚C selama 20 minit. Hidangkan panas.

Tips nutrisi

Hidangan pai yang lazat ini dengan teh kosong. Teh kosong tanpa gula and susu adalah pilihan yang lebih sihat kerana ia tidak mengadungi kalori.

Kandungan disimpan ke kegemaran anda.
Kandungan dikeluarkan daripada kegemaran anda.