Rendang Udang

35minit
5 Hidangan
Sederhana - Medium

Bahan-bahan

Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
Knorr Penambah Perisa Semua Dalam Satu
  • 400 gram udang
  • 3 sudu besar kerisik
  • ½ sudu besar Knorr Pasti Sedap Knorr Penambah Perisa Semua Dalam Satu
  • 1 sudu besar gula melaka
  • 6 helai daun limau purut
  • 1 helai daun kunyit
  • 1 cawan santan (250ml)

Bahan kisar :

  • 1 labu bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 tangkai serai
  • 2 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 10 tangkai cili kering

Langkah-langkah

1

Bersihkan udang. Ketepikan.

2

Kisar semua bahan kisar.

3

Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar sampai naik minyak.

4

Masukkan gula melaka. Kacau lagi.

5

Masukkan udang. Kacau lagi dan biarkan udang masak.

6

Masukkan sedikit air.

7

Masukkan Knorr Pasti Sedap dan daun limau purut. Masukkan juga daun kunyit yang dihiris kasar.

8

Masukkan santan. Masukkan kerisik. Kacau sebati. Biarkan kering sedikit. Matikan api.

Exit mobile version