Bahan-bahan
-
3 sudu besar Minyak masak
-
1 biji Bawang Bombay, didadu
-
600 g Daging ayam dada, didadu
-
2 sudu besar Puri tomato tanpa garam
-
4 sudu besar Bawang putih, dicincang
-
2 cawan Beras
-
2 cawan Air
-
1 cawan Susu
-
2 cawan Brokoli, dipotong kuntum kecil
-
1 cawan Tomato ceri kuning dan merah, dibelah dua
-
Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa
Langkah-langkah
1
Panaskan minyak masak di dalam periuk dan tumis bawang bambay hingga wangi. Masukkan ayam, puri tomato dan Knorr Kiub Pati Ayam. Gaul hingga sebati. Masukkan bawang putih dan goreng selama 1 minit.
2
Masukkan beras, air, susu dan rendahkan api. Tutup periuk dan renehkan selama 15 minit dan gaul sekali sekala.
3
Masukkan brokoli, tutup periuk dan renehkan hingga beras masak sepenuhnya.
4
Susunkan ceri tomato di atas nasi, tutup periuk dan masak selama 5 minit. Sedia dihidangkan.