Resepi One Pot Chicken Cheese Pasta

35minit
4 Hidangan
Ringkas - Easy
One Pot Chicken Cheese Pasta

One Pot Chicken Cheese Pasta (Photo: NMA)

Bahan-bahan

Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
Knorr Kiub Pati Ayam
  • 2 sudu besar Minyak masak
  • ½ cawan Bawang Bombay, dicincang
  • 3 ulas Bawang putih, dicincang
  • 2 Daging ayam dada, didadu
  • ½ cawan Air
  • 2 cawan Pasta penne (belum dimasak)
  • 2 cawan Brokoli, dipotong kuntum kecil dan dicelur
  • 1 Lada Benggala merah, didadu
  • 2 cawan Krim memasak
  • 1 cawan Hirisan keju cheddar
  • Daun ketumbar untuk hiasan

Langkah-langkah

1

Panaskan minyak masak di dalam periuk, masukkan bawang Bombay dan tumis hingga wangi. Masukkan bawang putih dan ayam, tumis hingga warna kuning keemasan.

2

Masukkan Knorr Kiub Pati Ayam, air dan pasta. Panaskkan hingga mendidih dan biar masak hingga pasta masak sepenuhnya.

3

Masukkan brokoli dan rendahkan api. Masukkan krim dan keju. Gaul hingga sebati dan kauh menjadi pekat.

4

Hias denga lada Benggala merah dan daun ketumbar. Sedia dihidangkan.

Exit mobile version