Resepi Sandwich Ikan Kerabu Betik Lady's Choice - Nak Makan Apa?

Resepi Sandwich Ikan Kerabu Betik Lady’s Choice

Simpan ke kegemaran anda

Enak dimakan bersama dan juga senang untuk dijadikan bekal, cubalah resepi Sandwich Ikan Kerabu Betik Lady's Choice ini yang lazat hari ini!

30min
4 Hidangan
Ringkas - Easy
~300kcal/hidangan*

*Sumber Rujukan Pengiraan Nutrien: USDA, Data Komposisi Makanan Malaysia, Tenaga dan Komposisi Nutrien Makanan Singapura dan Label Produk.

Nak Makan Apa|Januari 14, 2021 Decorative Image

Bahan-bahan

Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
Lady's Choice Sapuan Tuna
Lady's Choice Sapuan Tuna
Beli dalam talian
Decorative Image

Untuk kerabu betik:

  • 150 g Betik muda, dihiris kasar
  • 4 Bawang merah, dihiris nipis
  • 50 g Kubis ungu, dihiris nipis
  • 50 g Lobak merah, dihiris kasar
  • 4 helai Daun limau purut, dihiris nipis
  • 1 batang Serai, dicincang
  • 2 Cili padi, dihiris nipis
  • Jus daripada 1 biji limau nipis
  • 1 sudu besar Gula perang
  • secubit garam

Langkah-langkah

1

Panaskan minyak masak di dalam kuali dan goreng jejari ikan sehingga warna kuning keemasan. Ketepikan.

2

Di dalam mangkuk besar, campurkan semua bahan-bahan untuk kerabu betik sehingga sebati. Ketepikan.

3

Untuk menghidang, sapukan Lady’s Choice Sapuan Tuna ke atas roti. Letakkan jejari ikan dan kerabu betik ke dalam roti. Sedia dihidangkan.

Decorative Image

Tips nutrisi

Buah-buahan dan sayuran memainkan peranan yang penting dalam diet harian yang sihat dan seimbang. Buah-buahan dan sayuran mengandungi kadar lemak dan kalori yang rendah tetapi membekalkan serat yang tinggi dan menyediakan vitamin dan mineral seperti folat, vitamin A, E dan C.

Kandungan disimpan ke kegemaran anda.
Kandungan dikeluarkan daripada kegemaran anda.