Resipi Roti Pita Ayam Panggang

40minit
4 Hidangan
Ringkas - Easy
Roti Pita Ayam Panggang

Roti Pita Ayam Panggang (Photo: NMA)

Bahan-bahan

Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
Lady's Choice Mayonis Sebenar
Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
Lady's Choice Sapuan Ayam
  • 4 keping roti Pita, dipotong dua
  • 2 biji Tomato, dihiris
  • 1 biji Timun Jepun, dihiris
  • Daun salad

Untuk Ayam Panggang (Perap 30 minit sebelum)

  • 2 keping Daging dada ayam
  • 20 g Bawang putih, dicincang
  • ½ sudu teh Paprika
  • ½ sudu teh Serbuk lada hitam
  • ½ sudu teh Campuran herba

Langkah-langkah

1

Perap ayam dengan bawang putih, paprika, serbuk lada hitam, Mayonis Sebenar Lady’s Choice dan campuran herba selama 30 minit. Bakar ayam di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada 180°C selama 12 – 15 minit.

2

Hiris ayam panggang dan salut dengan Lady’s Choice Sapuan Ayam.

3

Bakar roti pita di dalam ketuhar sehingga warna kuning keemasan. Letakkan daun salad, tomato dan timun ke dalam poket pita. Akhirnya, sudukan inti ayam ke dalam secukupnya. Hidangkan.

Exit mobile version