Sandwich Buah-Buahan - Nak Makan Apa?

Resipi Sandwich Buah-buahan

Save to your favorites

Kalau teringinkan kelainan, resipi Sandwich Buah lah jawapannya! Sandwich ini istimewa sikit, memang sangat sesuai jika dihidang kepada tetamu.

20min
2 Servings
Ringkas
~300kcal/hidangan*

*Sumber Rujukan Pengiraan Nutrien: USDA, Data Komposisi Makanan Malaysia, Tenaga dan Komposisi Nutrien Makanan Singapura dan Label Produk.

Nak Makan Apa|February 24, 2019

Ingredients

  • 38 g strawberi, dihiris
  • 38 g blueberi
  • 37 g tembikai susu, didadu
  • 37 g buah naga putih, didadu
  • 30 g madu
  • 4 keping roti putih, sisinya dipotong

Nutritional tips

  • Hasilkan sandwich yang berwarna-warni dengan buah-buahan kegemaran anda. Setiap buah dengan warna yang berlainan mengandungi antioksidan yang berbeza. Antioksidan penting untuk kesihatan badan seperti mengurangkan inflamasi.
  • Lengkapkan sarapan anda dengan meminum segelas susu segar.

Steps

1

Gaulkan strawberi, blueberi, tembikai susu, buah naga putih, Mayonis Sebenar Lady’s Choice dan madu dalam satu mangkuk.

2

Bahagikan campuran buah-buahan kepada 2 keping roti. Letakkan satu keeping lagi roti di atas campuran buah-buahan.

3

Potongkan sandwic kepada dua. Hidangkan.

Post saved to your favorites.
Post removed from favorites.