Stew Ayam (Chicken Stew) - Nak Makan Apa?

Stew Ayam (Chicken Stew)

Simpan ke kegemaran anda

45minit
3 Hidangan
Ringkas - Easy
Nak Makan Apa|Mac 20, 2023 Decorative Image

Bahan-bahan

Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
kiub pati ayam
Knorr Kiub Pati Ayam
Beli dalam talian
Decorative Image
  • 500 gm ayam
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 1 batang lobak merah
  • 2 biji kentang saiz sederhana
  • 2 batang saleri
  • 1 biji bawang holland
  • 2 ulas bawang putih
  • ½ inci halia
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • ¼ cawan air
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 1 Kiub Pati Ayam Knorr Knorr Kiub Pati Ayam
  • 1 tangkai daun bawang
  • ½ tangkai cili merah

Langkah-langkah

1

Panaskan periuk, masukkan 3 camca besar minyak zaitun. Sementara itu gaul ayam tadi dengan lada hitam hingga rata. Goreng ayam tadi dalam periuk, goreng dengan api sederhana untuk 3 – 4 minit.

2

Tumis bawang holland, bawang putih dan halia hingga layu. Masukkan lobak merah, kentang dan saleri, kacau rata dan masak sebentar.

3

Sementara tu, bancuh, tepung jagung, air, sos tiram, kicap, minyak bijan dan Kiub Pati Ayam Knorr. Kacau rata.

4

Masukkan ke dalam periuk tadi. Tambah air secukupnya.

5

Tutup periuk dan tunggu sehingga ayam masak.

6

Tabur daun bawang dan hirisan cili merah. Siap.

Decorative Image
Kandungan disimpan ke kegemaran anda.
Kandungan dikeluarkan daripada kegemaran anda.