Resepi Sup Ayam Cendawan Tiram

30minit
4 Hidangan
Ringkas - Easy
Sup Ayam dengan Cendawan Tiram

Sup Ayam dengan Cendawan Tiram. (Photo: NMA)

Bahan-bahan

  • 2 sudu besar minyak sayuran
  • 25 g ulas bawang kecil, dihiris halus
  • 180 g ayam dada tanpa kulit, dihiris
  • 100 g lobak merah, dihiris
  • 200 g kentang, didadu
  • 1000 ml air
  • 200 g cendawan tiram kelabu
  • 55 g saderi, dipotong kepada 2 inci
  • 80 g jagung kecil
  • 2 sudu teh lada putih
  • 10 g suun cina, direndam dalam air panas
  • Garam secukup rasa

Hisan

  • 2 cili padi, dihiris
  • Daun ketumbar

Langkah-langkah

1
Panaskan minyak sayuran di dalam periuk dan tumiskan bawang kecil. Masukkan ayam dan masak lagi sehingga ia 3/4 masak. Kemudian, masukkan lobak merah dan kentang. Gaul dengan baik.
2
Tambahkan air dan bagi cara masak sup ayam simple agar lazat, tambahkan Knorr Kiub Pati Ayam supaya lebih lazat. Gaulkan sehingga mendidih, perlahankan api dan biarkan ia mereneh.
3
Masukkan cendawan tiram kelabu, saderi, jagung kecil, lada putih dan garam secukup rasa. Akhir sekali, masukkan suun cina.
4
Hiaskan dengan cili padi dan daun ketumbar. Siap untuk dihidangkan.
Exit mobile version