nakmakanapa

Anda sudah boleh nampak lampu-lampu dan tanglung dan lagu-lagu perayaan mula kedengaran di pasaraya dan pusat membeli-belah besar. Ya, perayaan Tahun Baru Cina tahunan hampir tiba menemui anda semua. Makan malam besar adalah acara terpenting Tahun Baru Cina, di mana ahli-ahli keluarga akan berkumpul untuk makan bersama dan berkongsi kisah-kisah terkini. Ahli keluarga yang dekat mahupun jauh akan pulang ke kampung untuk menikmati hidangan bersama-sama.

Keluarga-keluarga biasanya akan makan malam besar di rumah, di mana kita harus bersiap sedia untuk sambutan yang lancar dan meriah sepanjang sambutan Tahun Baru Cina. Ada pelbagai perkara untuk dilakukan dari mengemas rumah sehingga mempersiapkan diri untuk sambutan ini.

Jadi, kami sediakan 5 tip ringkas untuk merancang dan menyediakan makan malam yang ahli keluarga anda pasti ingati dan hargai.

nakmakanapa

Untuk mulakan penyediaan, senaraikan semua bahan yang diperlukan, sebaiknya dalam telefon bimbit atau buku nota anda, dan sediakan semua bahan-bahan beberapa hari sebelum makan malam kerana semua pasaraya-pasaraya pasti sesak seminggu sebelum Tahun Baru Cina. Senarai anda patut dipenuhi makanan dan hiasan. Senarai anda seharusnya meliputi barangan untuk makan malam bersama, hiasan kertas, bunga, angpau merah untuk diberikan dan mereka bentuk dulang kebersamaan untuk para tetamu. Berdasarkan menu dan jumlah tetamu, anda boleh menyusun meja dengan set lengkap pinggang, pisau, garfu dan cawan. Minuman yang seharusnya dihidangkan sejuk sepatutnya disimpan di dalam peti ais sehari sebelum makan malam, dan anda digalakkan untuk menyediakan ais yang mencukupi untuk tetamu yang inginkan minuman sejuk.

nakmakanapa

Kemanisan yang melengkapkan makan malam Tahun Baru Cina.

Inilah bahagian termanis ketika makan malam besar anda. “Tart” nenas dan biskut bebola bijan adalah beberapa pilihan tradisional untuk sambutan Tahun Baru Cina. Namun, kalau anda ingin menyuntik sentuhan moden, kek cawan berunsurkan buah oren dan cheeskut mentega kacang juga merupakan pilihan yang baik. Untuk rasa yang lebih lazat, anda boleh menambah Hellman’s atau Lady’s Choice. Biskut juga sedap dinikmati dengan air teh, jadi anda boleh menyediakan teh limau atau teh asam boi. Teh Hijau juga pilihan yang menyegarkan untuk sambutan tahun ini.

Kami berharap panduan langkah-demi-langkah menyediakan makan malam terbesar untuk Tahun Baru Cina ini mampu membantu anda menyediakan perayaan yang sempurna untuk seluruh keluarga anda. Semoga anda berjaya di dalam dapur. Semoga Tahun Arnab menganugerahkan anda kesihatan, kegembiraan, dan kekayaan. Gong Xi Fa Cai!