Sebelum menuju ke destinasi roadtrip yang ditetapkan, jangan lupa untuk sediakan makanan ringan yang berkhasiat untuk anda sekeluarga. (Photo: Shutterstock)
Pejam, celik, hampir setahun sudah berlalu dan cuti sekolah akan bermula tidak lama lagi. Sudah pasti anda telah merancang pelbagai aktiviti menarik untuk anda sekeluarga, bukan? Antara aktiviti cuti sekolah yang paling popular adalah road trip!
Road trip merupakan cara yang paling bagus untuk menikmati keindahan negara tercinta kita. Kita dapat melihat pemandangan indah, melawat destinasi menarik, dan mencuba pelbagai jenis makanan. Kita juga dapat mengambil masa mengikut jadual sendiri, dan juga memuatkan aktiviti sesuai mengikut kemampuan keluarga.
Sebelum anda bertolak untuk road trip keluarga anda, ingatlah untuk bersiap sedia sebaik mungkin. Anak-anak sering sekali bosan di dalam kereta semasa perjalanan jauh, dan selalunya apabila bosan, masa itu jugalah mereka ingin menguyah snek.
Memang senang untuk berhenti di stesen minyak atau kawasan rehat dan membeli snek seperti coklat dan kerepek kentang. Tetapi snek seperti ini penuh dengan ramuan tidak berkhasiat seperti gula dan garam yang berlebihan. Anda memang sering menjaga makanan anak-anak anda — kenapa tidak semasa bercuti?
Kalau anda merancang sedikit sebelum memulakan perjalanan, anda boleh membawa bekalan snek yang enak dan berkhasiat untuk seisi keluarga. Ingat, sediakan makanan yang mudah dimakan di dalam kereta supaya tidak senang tumpah, dan bawa minuman air kosong yang secukupnya.
Inilah cadangan kami untuk snek road trip keluarga anda: