Gehe zu:
Utamakan Protein
Agar tubuh lebih mudah menahan rasa lapar, pastikan hidangan sarapan cukup padat dengan protein. Dengan padanan ham ayam dan cendawan, Telur dan Kentang Panggang atau Telur Dadar Mayo Ayam Lady’s Choice bukan sahaja dapat membekalkan badan dengan khasiat-khasiat penting tetapi menu pilihan ini juga lazat dimakan begitu sahaja ataupun dihidang bersama masakan lain.
Biar Ringkas dan Mudah
Bagi ibu-ibu yang dikekang oleh faktor masa, anda bolehlah memilih menu ringkas yang mempunyai proses penyediaan mudah. Hidangan seperti Macaroni Masak Ikan Sardin dan Kicap Manis Mayonis hanya mengambil masa 10 minit untuk disediakan, cukup sesuai bagi mereka yang tergesa-gesa pada waktu pagi.