Gehe zu:
1. Jangan terlebih kenyang waktu berbuka
Selalunya ramai jadi tak keruan bila tiba waktu berbuka. Selagi ada makanan depan mata, semuanya nak dihabiskan. Bila dah terlebih makan tu, confirm badan jadi cepat letih dan malas nak bergerak. Silap-silap, korang boleh terus tertidur tau.
Paling tak syok, bila waktu sahur korang dah takde selera nak makan. Takpun ada yang malas nak bangun langsung kononnya dah terlebih kenyang. Hm.. rugilah! Ingat guys, makan berpada-pada waktu berbuka tu.
2. Cari geng temankan sahur
Mood sahur pasti akan jadi lebih seronok kalau ada teman berbual. Sekurang-kurangnya takdelah korang sunyi sangat kan. Jadi, jangan lupa untuk kejutkan pasangan, mak, ayah atau rakan serumah untuk bangun sahur bersama.
Bagi yang tinggal berseorangan waktu PKP ni, korang boleh cuba hubungi yang tersayang melalui panggilan video. Tapi, make sure bincang betul-betul pukul berapa nak bangun. Jangan sampai mood sahur terus hilang sebab si dia tak jawab call. Hehe
3. Masakan dan minuman panas bikin cerah mata
Kami faham waktu sahur ni memang jadi serba tak kena. Selalunya, mata pun terasa berat nak buka. Apatah lagi kalau terpaksa bancuh air, nak masak atau panaskan lauk, memang malaslah.
Tapi, tahu tak sebenarnya minuman dan hidangan panas sewaktu sahur akan buat korang cerah mata dan lebih berselera. Jadi, rajin-rajinkanlah diri untuk sediakan juadah sahur panas-panas ya!
4. Bangun sedikit awal
Lewatkan waktu bersahur tu memang jadi tuntutan. Tapi, tak bermakna korang boleh bangun selewat mungkin. Sebaiknya, bangunlah 15-20 minit lebih awal untuk ambil mood dan buat persiapan bersahur.
Nanti tak adalah terjadi adegan korang kelam kabut bersahur sebab dah nak habis waktu. Paling tragis, kalau korang bangun tapi hanya sempat minum air kosong je. Kan dah jadi tak best tu!
5. Pastikan menu sahur lebih sedap
Tak adil rasanya kalau waktu berbuka je korang sediakan menu yang sedap-sedap, tapi bila waktu sahur makanan ala kadar saja. Sebenarnya, korang lebih perlu utamakan menu yang menyelerakan waktu sahur jugak tau. Barulah excited nak bangun makan.
Sama ada korang masak atau simpan sedikit juadah berbuka yang jadi kegemaran, kami yakin dengan cara ni korang lebih bersemangat nak bersahur. Tak tahu menu apa nak masak? Jangan risau, NakMakanApa.com.my kan ada!
Jom cuba hidangan sahur ala chef!
Kami yakin ramai yang terpaksa berpuasa berseorangan waktu bulan Ramadan ni. Yelah, nak balik kampung pun tak boleh lagi sebab Perintah Kawalan Pergerakan masih berkuatkuasa. Jadi, apa kata korang cuba resipi power daripada Lady’s Choice ni. Sedap weh, siap makan bertambah pulak sahur nanti!