Gehe zu:
1. Pilih ramuan segar
Gunakan bahan-bahan yang segar dan berkualiti daripada sumber yang dipercayai. Dengan menambah ramuan seperti sayuran, ayam dan daging ke dalam sup, hidangan anda bakal membekalkan zat-zat penting dengan setiap suapan.
Misalnya, Sup Ayam dengan Cendawan Tiram. Cendawan tiram bukan sahaja mempunyai kandungan kalori yang sangat rendah, malah ia juga merupakan sumber protein, fiber, kalsium, dan vitamin yang berguna.
2. Perkayakan rasa dengan perencah asli
Utamakan pilihan yang lebih sihat sebagai perencah sup. Kiub pati ayam Knorr adalah perencah perasa yang serbaguna untuk membangkitkan rasa dan aroma sup anda dengan tiada MSG tambahan.
Diperbuat daripada ayam sebenar dan aneka rempah ratus, kiub ini memudahkan penyediaan masakan anda dan lebih lagi, ia juga meningkatkan kesedapannya.