5 Tip Untuk Lebih Berselera Waktu Sahur Nanti - Nak Makan Apa?

5 Tip Untuk Lebih Berselera Waktu Sahur Nanti

Simpan ke kegemaran anda

Nak Makan Apa|Mei 4, 2020 Decorative Image

Kejap je kan dah masuk bulan puasa. Mudah-mudahan semuanya terus bersemangat hingga ke penghujung Ramadan ya! Haa… alang-alang sebut pasal semangat, korang setuju tak kalau kami katakan waktu sahur sebenarnya agak mencabar untuk dilalui?

Yelah, susah nak bangun satu hal, takde selera nak makan pun jadi masalah besar jugak tau. Tapi… kalau tak bangun langsung, rugi besar pulak weh! Sebab tu korang kena cuba tips yang kami kongsikan dekat bawah ni, biar berselera sakan time sahur nanti.

1. Jangan terlebih kenyang waktu berbuka

Selalunya ramai jadi tak keruan bila tiba waktu berbuka. Selagi ada makanan depan mata, semuanya nak dihabiskan. Bila dah terlebih makan tu, confirm badan jadi cepat letih dan malas nak bergerak. Silap-silap, korang boleh terus tertidur tau.

Paling tak syok, bila waktu sahur korang dah takde selera nak makan. Takpun ada yang malas nak bangun langsung kononnya dah terlebih kenyang. Hm.. rugilah! Ingat guys, makan berpada-pada waktu berbuka tu.

2. Cari geng temankan sahur

Mood sahur pasti akan jadi lebih seronok kalau ada teman berbual. Sekurang-kurangnya takdelah korang sunyi sangat kan. Jadi, jangan lupa untuk kejutkan pasangan, mak, ayah atau rakan serumah untuk bangun sahur bersama.

Bagi yang tinggal berseorangan waktu PKP ni, korang boleh cuba hubungi yang tersayang melalui panggilan video. Tapi, make sure bincang betul-betul pukul berapa nak bangun. Jangan sampai mood sahur terus hilang sebab si dia tak jawab call. Hehe

3. Masakan dan minuman panas bikin cerah mata

Kami faham waktu sahur ni memang jadi serba tak kena. Selalunya, mata pun terasa berat nak buka. Apatah lagi kalau terpaksa bancuh air, nak masak atau panaskan lauk, memang malaslah.

Tapi, tahu tak sebenarnya minuman dan hidangan panas sewaktu sahur akan buat korang cerah mata dan lebih berselera. Jadi, rajin-rajinkanlah diri untuk sediakan juadah sahur panas-panas ya!

4. Bangun sedikit awal

Lewatkan waktu bersahur tu memang jadi tuntutan. Tapi, tak bermakna korang boleh bangun selewat mungkin. Sebaiknya, bangunlah 15-20 minit lebih awal untuk ambil mood dan buat persiapan bersahur.

Nanti tak adalah terjadi adegan korang kelam kabut bersahur sebab dah nak habis waktu. Paling tragis, kalau korang bangun tapi hanya sempat minum air kosong  je. Kan dah jadi tak best tu!

5. Pastikan menu sahur lebih sedap

Tak adil rasanya kalau waktu berbuka je korang sediakan menu yang sedap-sedap, tapi bila waktu sahur makanan ala kadar saja. Sebenarnya, korang lebih perlu utamakan menu yang menyelerakan waktu sahur jugak tau. Barulah excited nak bangun makan.

Sama ada korang masak atau simpan sedikit juadah berbuka yang jadi kegemaran, kami yakin dengan cara ni korang lebih bersemangat nak bersahur. Tak tahu menu apa nak masak? Jangan risau, NakMakanApa.com.my kan ada!

Jom cuba hidangan sahur ala chef!

Kami yakin ramai yang terpaksa berpuasa berseorangan waktu bulan Ramadan ni. Yelah, nak balik kampung pun tak boleh lagi sebab Perintah Kawalan Pergerakan masih berkuatkuasa. Jadi, apa kata korang cuba resipi power daripada Lady’s Choice ni. Sedap weh, siap makan bertambah pulak sahur nanti!

 

Ayam Bersalut Keju dan Mayonis

Ayam Bersalut Keju dan Mayo
Ayam Bersalut Keju dan Mayo (Photo: NMA)

Bahan-bahan:

  • 10 ketul drumet ayam atau 2 kepingan dada ayam, dihiris besar
  • Minyak untuk menggoreng

Bahan Perapan

  • 2cm halia, ditumbuk
  • 1 sudu besar Lady’s Choice Mayonis Sebenar
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 2 ulas bawang putih, ditumbuk
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu besar jus lemon
  • garam secukup rasa

Bahan Salut

  • 1 biji telur
  • 2 cawan serbuk roti
  • 3/4 cawan keju Parmesan
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk lada hitam secukup rasa

Topping

Cara Memasak:

  1. Perap ayam dengan bahan perap. Tutup dan ketepikan selama sejam di dalam peti sejuk.
  2. Telur dipukul sedikit dan perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam.
  3. Salut ayam dengan keju, celup ke dalam campuran telur dan salut ayam dengan serbuk roti.
  4. Goreng di dalam minyak panas sehingga keemasan.
  5. Sertakan Lady’s Choice Mayonis Sebenar sebagai topping di atas ayam.
  6. Hidang panas!

Nak Makan Apa sahur nanti?

Nasi Bakar Ayam Tomato Senang
Nasi Bakar Ayam Tomato Senang (Photo: NMA)

Tak kisahlah korang nak makan apa sahur nanti, tapi make sure makanan tu cukup nutrisi untuk memastikan korang kenyang dan kekal bertenaga sepanjang hari. Lepas dah cuba pelbagai resipi di NakMakanApa.com.my, kami sarankan korang gunakan Lady’s Choice Mayonis Sebenar sebagai pelengkap hidangan waktu sahur nanti.

Lady's Choice Mayonis Sebenar

Selain mampu menambah rasa enak berkrim pada hidangan, Lady’s Choice Mayonis Sebenar juga mengandungi Omega-3 yang sangat bermanfaat untuk kesihatan badan terutamanya pada masa kritikal ni. Eh, puasa kan sebulan, takkan satu resipi je kami kongsi? Haa… sebenarnya korang boleh dapatkan lebih banyak resipi masakan bernutrisi di sini. Paling penting semua sedap-sedap belaka!

Nak sahur atau berbuka, Lady’s Choice Mayonis Sebenar kan ada!

Sumber: OHBULAN!

 

Decorative Image
Kandungan disimpan ke kegemaran anda.
Kandungan dikeluarkan daripada kegemaran anda.