Tahukah Anda: Fakta Sebenar Tentang Mayonis - Nak Makan Apa?

Tahukah Anda: Fakta Sebenar Tentang Mayonis

Simpan ke kegemaran anda

Nak Makan Apa|Ogos 21, 2019

Sudah menjadi rutin anda setiap pagi: setelah bangun tidur, anda akan terus menyiapkan bekal makanan untuk anak-anak anda bawa ke sekolah, dan juga untuk diri anda sendiri bawa ke pejabat. Hari ini anda sedang menyiapkan sandwic telur rebus dan mayonis kegemaran anak anda. Tiba-tiba anda teringat mesej yang anda terima dalam group chat anda semalam: “Mayonis bahaya untuk kesihatan!” Anda terhenti sebentar. Adakah itu benar?

Setiap bahan makanan ada baik dan buruknya. Apabila sesetengah orang lain berbincang tentang mayonis, mereka akan berkata yang mayonis mengandungi lemak trans, dan akan menggemukkan anda kerana mayonis adalah makanan yang tidak sihat.

Makanan yang sihat itu bunyinya penting. Tetapi apakah sebenarnya “makanan yang sihat”? Makan sayuran sahaja ke? Bijirin tulen sahaja? Organik sahaja? Tidak semestinya! Hidup sihat dan makanan yang sihat merangkumi pelbagai aspek. Aspek yang paling penting adalah aspek keseimbangan. Jika anda makan apa sahaja dengan terlalu banyak, ini akan memudaratkan kesihatan — tak kisahlah kalau makanan intu bayam atau roti ataupun ya, mayonis. 

Keseimbangan itu adalah sangat penting. Memang benar yang mayonis bukan sayuran, tetapi ramuannya sangat penting untuk kesihatan sempurna. Antara ramuan mayonis:

  • Telur — sumber protein yang berkualiti tinggi dan mengandungi vitamin dan mineral 
  • Minyak — sumber lemak bagi sistem tubuh
  • Air — perlu untuk kebanyakan fungsi utama tubuh badan
  • Garam dan gula — bahan perisa semulajadi

Sekarang kita bincangkan lemak secara spesifik. Sebagai sumber lemak, ada minyak yang baik dan ada yang tidak baik. Minyak yang mengandungi lemak tidak baik boleh meninggikan risiko penyakit jantung dan strok. Walau bagainapun, bukan semua lemak berbahaya! 

Sebagai contoh, Mayonis Sebenar Lady’s Choice mengandungi minyak kacang soya, yang merupakan sejenis minyak yang mengandungi lemak sihat. Minyak ini mengandungi ciri-ciri penting berikut:

  • Mengandungi asid lemak tidak tepu, termasuk Omega 3 (ALA)
  • Membantu penyerapan vitamin larut lemak, iaitu vitamin A, D, E, dan K
  • Menambah perisa, rasa, dan tekstur kepada hidangan sihat seperti sandwic, salad, dan banyak lagi

Ingat: yang penting sekali, anda harus mengamalkan pemakanan yang seimbang. Setiap hidangan Mayonis Sebenar Lady’s Choice (14g) mengandungi 90 kalori sahaja! Oleh itu, Mayonis Sebenar Lady’s Choice merupakan ramuan tambahan yang lazat bagi hidangan kegemaran anda. Lihatlah bahagian resepi di laman web kami ini untuk pelbagai cadangan untuk menambah mayonis kepada hidangan harian anda.

Telur Dadar Mayo Ayam Lady’s Choice
Telur Dadar Mayo Ayam Lady’s Choice (Photo: NMA)
Lempeng Pisang dan Oat
Lempeng Pisang dan Oat (Photo: NMA)

 

Kandungan disimpan ke kegemaran anda.
Kandungan dikeluarkan daripada kegemaran anda.