6 Tips Ini Bagus Untuk #IbuSejati Supaya Kekal Bertenaga Ketika Berpuasa, Cubalah! - Nak Makan Apa?

6 Tips Ini Bagus Untuk #IbuSejati Supaya Kekal Bertenaga Ketika Berpuasa, Cubalah!

Simpan ke kegemaran anda

Nak Makan Apa|Jun 3, 2019

Sedar tak sedar kita dah masuk pertengahan bulan Ramadan. Bagi sesetengah daripada kita yang masih belum berkeluarga, tak perlu banyak persiapan pun. Tapi, bagi mereka yang sudah menjadi ibu, agak mencabar bagi mereka tiap kali tiba bulan Ramadan.

Yelah, nak kemas rumah, masak lauk untuk berbuka dan sahur, kerja, buat persiapan raya, hantar anak pergi sekolah dan sebagainya. Sempat ke nak buat semua tu? Silap haribulan, tak cukup rehat dan kurang bertenaga di siang hari…

Apa kata ikut tips yang admin nak share kat bawah ni. Jadi, korang sebagai ibu dapat seimbangkan masa antara rehat, kerja dan sebagainya. Barulah bertenaga dan tak lesu ketika berpuasa!

1. Tukar-tukar turn masak lauk untuk sahur dan berbuka dengan suami

 

Tukar turn memasak dengan suami

Bila dah berkeluarga, tugas di rumah seperti mengemas rumah, ambil anak, basuh baju dan sebagainya akan dibahagikan ikut kata sepakat. Yelah, takkan si ibu je nak kemas rumah. Sama juga macam memasak, apa kata tukar-tukar turn dengan suami?

Harini ibu masak lauk sahur, apa kata juadah berbuka disediakan oleh ayah pula? Untuk esok, tukar-tukar lagi. Jadi, tidaklah seorang saja yang penat setiap hari. Bertolak-ansurlah dalam hal rumahtangga, baru hidup bahagia!

2. Banyakkan mengambil kurma sebagai pembekal tenaga berpanjangan

 

Kata orang, kurma penuh khasiat yang bagus untuk korang supaya kekal bertenaga sepanjang bulan Ramadan. Memang betul, dalam kurma mengandungi nutrisi seperti protein, zat besi, vitamin B6 dan banyak lagi.

Kurma

 

Selain itu, ia juga tinggi serat dan antioksidan yang mampu meningkatkan kesihatan otak serta memudahkan proses bersalin. Nampak tak kurma ni baaanyak manfaatnya untuk orang wanita?

Cucur kurma

Kalau korang boring makan kurma macam tu je, korang juga boleh pelbagaikan resipi kurma dengan menghasilkan smoothie, jus, roti, nasi, cucur dan sebagainya. Janji, rajin-rajinkan diri mengamalkan kurma dalam bulan puasa. Baru bertenaga!

3. Kurangkan kerja-kerja yang memerlukan korang berfikir

Tanda stress wanita

Ketika bulan Ramadan, kita dinasihatkan untuk mengurangkan aktiviti melalaikan dan berat sehingga memerlukan korang untuk sentiasa berfikir. Sebaliknya, banyak berzikir, bersabar dan beramal kepada Allah setiap masa.

Tanpa sedar juga, aktiviti yang memerlukan korang untuk banyak berfikir ni memberi tekanan kepada otak, seterusnya memenatkan badan dan menjadikan badan kita lemah. Janganlah amalkan selalu. Seimbangkan masa antara kerja, keluarga dan amal ibadat ketika berpuasa.

4. Lakukan senaman ringan

Berpuasa-berpuasa juga, tapi senaman juga penting supaya badan korang sentiasa cergas dan bertenaga sepanjang hari. Tak susah pun, buat regangan dan senaman ringan sejam sebelum tidur, selepas solat Subuh atau sebelum pergi kerja.

Dengan melakukan senaman, badan, urat dan sendi korang akan aktif serta tidak terasa lemah. Jadi, korang akan rasa bertenaga sepanjang hari walaupun berpuasa. Jangan lupa, minum air kosong ketika sahur dan berbuka juga ya!

5. Pastikan dapat rehat yang secukupnya

Bulan puasa ni, rasanya macam lemah je bila tengahari. Padahal baru pukul 11. Yelah, pagi-pagi kena bangun sahur, lepas sahur tak baik tidur, kena siap-siap pergi kerja pula. Dah kurang waktu rehat…

Jadi, apa kata korang tidur lebih awal bulan-bulan puasa ni. Habis je solat terawih dalam pukul 10, terus tidur. Cukuplah tidur 6 jam! Jangan layan drama dekat TV, main phone sampai tengah malam, tengok movie dan sebagainya.

Manfaatkan waktu rehat betul-betul di bulan Ramadan ni okay!

6. Siapkan juadah sahur sebelum tidur

Bila tiba waktu sahur, perkara paling kita malas nak buat adalah masak juadah sahur. Waktu tu nak potong bawang, tumis dan sebagainya. Mesti ambil masa lama, tau-tau nak masuk waktu Subuh dah. Anak tak bangun lagi ni!

Apa kata siapkan bahan-bahan untuk masak lauk sahur tu sebelum tidur, jadi masa bangun nanti tinggal masak je! Kalau rajin, apa kata masak terus lauk buat sahur nanti. Bangun-bangun terus makan. Kan jimat masa?

Bukan korang je yang menghadapi cabaran menyediakan juadah sahur, #IbuSejati yang lain ni pun sama…

 

Ketika #IbuSejati menyediakan juadah sahur untuk seisi keluarga sepanjang Ramadan ini, apa kata berikan sedikit ‘twist‘ kepada hidangan dengan menambah mayonis sebenar Lady’s Choice ke dalam juadah untuk lebih keenakan supaya mereka berselera ketika menjamu selera.

Mayonis sebenar Lady’s Choice yang popular di kalangan #IbuSejati mengandungi minyak kacang soya yang kaya dengan asid lemak tak tepu termasuk Omega 3 (ALA). Ia juga membantu penyerapan vitamin A, D, E & K yang sesuai untuk tumbesaran anak-anak.

Kalau korang tak ada idea untuk mempelbagaikan resipi bersama Lady’s Choice, apa kata layari resipi kat sini. Baaanyak resipi berkhasiat untuk membekalkan tenaga sepanjang berpuasa dan semuanya sesuai untuk disediakan ketika waktu sahur!

Jom dapatkan mayonis Lady’s Choice di kedai-kedai berhampiran. Dengan mayonis Lady’s Choice, sedikit twist boleh gembirakan keluarga. Selamat berpuasa!

 

Source: Ohbulan.com, Vocket.com & Says:Seismik

 

Kandungan disimpan ke kegemaran anda.
Kandungan dikeluarkan daripada kegemaran anda.