Jenis Kuih Raya dan Minuman yang Unik untuk Dihidangkan di Pagi Raya
|April 19, 2023Selain duit raya, antara perkara yang paling dinantikan apabila tibanya sambutan Aidilfitri adalah aneka biskut raya yang disajikan. Jenis kuih raya yang sering dihidangkan di pagi Raya selalunya Almond London, semperit atau biskut Cornflakes. Tetapi, apa kata untuk sambutan Raya pada tahun ini, anda boleh cuba untuk menukar menu biskut raya kepada sesuatu yang unik?
Nak Makan Apa ingin kongsikan beberapa resepi minuman serta kuih raya yang menggunakan Horlicks yang boleh anda cuba untuk sajikan pada sambutan Hari Raya tahun ini.
Sambut Kunjungan Tetamu dengan Minuman yang Menyegarkan
Hari Raya adalah antara hari yang paling sibuk kerana waktu inilah kita harus melayan tetamu yang datang berkunjung ke rumah dengan hidangan serta minuman yang lazat. Selalunya, ramai yang memilih untuk menyajikan minuman berkarbonat atau air kotak kepada tetamu. Akan tetapi, jenis minuman ini kurang berkhasiat dan mengandungi kadar gula yang sangat tinggi.
Apa kata, anda boleh cuba hidangkan mereka dengan minuman yang menyegarkan serta berkhasiat yang diperbuat daripada Horlicks ini.
Bahan-bahan:
- 2 sudu besar Horlicks Original
- 1 biji kurma tanpa biji, dicincang
- 250 ml susu kurma
Langkah-langkah:
- Tuangkan semua bahan ke dalam periuk dan gaulkan sehingga sebati. Biarkan ia mereneh.
- Tuang ke dalam gelas dan hidangkan serta-merta.
- Anda boleh tambahkan ais jika ingin hidangkan minuman yang sejuk kepada tetamu.
Aneka Kuih Raya Yang Unik dan Moden untuk Memikat Selera Tetamu
Kuih Raya adalah antara hidangan lazim yang sering disajikan kepada tetamu di saat Lebaran tiba. Memang wajiblah jika ada biskut Almond London, tart nenas, biskut Cornflakes atau semperit. Akan tetapi, kalau asyik makan kuih raya yang sama, pasti akan rasa bosan juga.
Jadi, pada Hari Raya tahun ini, jom kita sajikan kuih raya unik yang menggunakan Horlicks untuk buat tetamu yang berkunjung ke rumah.
Bahan-bahan:
- 170 g mentega tanpa garam
- 60 g gula aising, diayak
- 100 g Horlicks Original
- 40 g serbuk badam
- 200 g tepung serbaguna
Untuk topping coklat:
- 250 g coklat untuk memasak
- 60 g coklat putih
Langkah-langkah:
- Campurkan mentega, gula aising serta Horlicks Origina dan gaulkan sehingga sebati. Kemudian, masukkan serbuk badam dan tepung gandum. Gaulkan lagi sehingga ia membentuk adunan doh.
- Ratakan adunan doh di atas dulang pembakar berukuran 9.5” x 9.5” yang telah digriskan dengan minyak atau mentega. Cucuk adunan doh secara perlahan dengan menggunakan garpu dan bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180℃ selama 15-20 minit. Keluarkan daripada ketuhar dan biarkan ia sejuk sepenuhnya.
- Letakkan coklat dan coklat putih di dalam mangkuk yang berasingan dan cairkan di dalam ketuhar gelombang mikro selama 30 saat.
- Tuangkan coklat hitam ke atas biskut yang sudah sejuk dan ratakan. Kemudian, tuangkan coklat putih ke atas dan buat corak mengikut kesukaan anda dengan menggunakan lidi.
- Biarkan sejuk di dalam peti sejuk selama 5 minit. Keluarkan dari dalam peti sejuk dan potong apabila hendak dihidangkan.
Cipta Kelainan Pada Kuih Raya Tradisional
Sejak dahulu lagi, kuih raya tradisional sudah menjadi sajian yang kerap dihidangkan menjelang Hari Raya Aidilfitri. Sudah tentu sambutan Lebaran pasti tidak akan lengkap tanpanya. Tetapi, apa kata tahun ini anda cuba ciptakan kelainan pada kuih raya tradisional? Nak Makan Apa berkongsi beberapa resepi mudah yang anda boleh cuba untuk ciptakan kelainan pada kuih raya tradisional. Senjata rahsia yang kami gunakan adalah Horlicks!
Bahan-bahan:
- 200 g mentega
- 120 g gula
- 1 biji telur
- 110 g tepung
- 195 g tepung jagung
- 40 g tepung kastard
- 100 g Horlicks Original
- 5 g pewarna merah
- 5 g pewarna hijau
Hiasan:
- 50 g cip coklat
Langkah-langkah:
- Pukul mentega dan gula sehingga sebati. Kemudian, masukkan telur sedikit demi sedikit ke dalam adunan.
- Masukkan kesemua bahan kering dan pukulkan sehingga sebati.
- Kemudian, bahagikan adunan doh kepada 3 bahagian dan campurkan setiap adunan doh dengan pewarna.
- Masukkan 3 adunan doh tadi ke dalam beg piping dengan bentuk muncung bunga dan paip mengikut saiz yang diinginkan di atas dulang.
- Letakkan cip coklat di bahagian tengah dan bakar pada suhu 170℃ selama 18-25 minit.
Pastinya sambutan Hari Raya pada tahun ini akan lebih meriah dengan pelbagai jenis kuih raya dan minuman yang bukan sahaja lazat tetapi juga berkhasiat. Diperbuat dengan menggunakan Horlicks yang mengandungi 19 nutrisi penting, sudah tentu tetamu anda akan berselera makan di saat berkunjung ke rumah. Inginkan lebih banyak resepi menggiurkan yang menggunakan Horlicks? Layari Nak Makan Apa