4 Resepi Sihat untuk Panggilan Zoom - Nak Makan Apa?

4 Resepi Sihat yang Sesuai Dimasak di antara Panggilan Zoom

Simpan ke kegemaran anda

Nak Makan Apa|Februari 22, 2022 Decorative Image

Dapatkan resepi sihat dan lazat yang boleh dimasak sementara menunggu panggilan zoom seterusnya.

Keadaan semasa telah memaksa kita untuk menyesuaikan diri mengimbangi situasi bekerja dari rumah, melompat dari satu mesyuarat ke mesyuarat maya lain, konferens maya dengan tugas rumah serta keperluan keluarga. Kerana semua ini memakan masa, kadang kala kita terlupa mengutamakan matlamat kesihatan yang kita telah tetapkan. Tetapi jangan risau, dengan sedikit kesungguhan, pengurusan masa dan tabiat mudah yang baik, kita mampu meneruskan perjalanan mencapai tahap kesihatan yang terbaik.

Antara tabiat termudah untuk kita mula amalkan adalah mengingatkan diri sendiri untuk meluangkan 30 minit untuk bersenam, minum 8 cawan air dan menyediakan makanan yang sihat untuk dimakan sepanjang hari. Penyediaan adalah penting untuk menjimatkan masa dan melancarkan perjalanan hari anda. Merancang makanan yang anda mahu makan untuk hari-hari seterusnya membantu mengelakkan anda daripada memesan makanan ringan tidak sihat dan mengamalkan tabiat sihat dengan lancar.

Di sini terdapat 4 resepi mudah dan sihat yang anda boleh sediakan di antara kesibukan panggilan zoom. Kami telah kategorikan resepi berdasarkan selera makan berbeza yang anda mungkin hadapi!

Pencinta Makanan Tempatan

Anda gemar memakan makanan tempatan? Cubalah alternatif pada Laksa Penang yang sihat ini.

Dried-Penang-Laksa

Jika anda minat dengan makanan tempatan tradisional, kemungkinan besar ia mesti melibatkan nasi, mee, lauk dan kuah. Kebaikan semua makanan ini adalah anda boleh masak dengan kuantiti yang besar dan boleh dimakan dalam tempoh 48 jam. Keburukannya adalah kesemua makanan ini tinggi karbohidrat dan kolesterol, tidak sesuai dengan situasi kita yang menghadap komputer untuk tempoh masa yang lama.

Antara solusi terbaik adalah menggunakan alternatif sihat seperti nasi perang atau quinoa daripada nasi putih,  atau spageti perang, ataupun vermicelli daripada mee kuning. Selain itu, daripada memakan makanan berkuah, anda boleh pilih untuk makan makanan yang dibakar atau menggunakan penggoreng udara. Satu tip pro adalah memerap protein dan sayur dengan gabungan perisa tradisional seperti kari, sambal atau laksa, tetapi daripada menggoreng atau dimasak dalam makanan berkuah, bakar makanan ini dalam kuantiti yang besar dan nikmatinya sepanjang hari.

Ini salah satu resepi tempat sihat yang anda boleh cuba, Laksa Penang kering. Ia cuma memerlukan 15 minit untuk disediakan, boleh dimakan oleh 4 orang dengan rasa Laksa Penang yang unik serta menggunakan bahan-bahan yang mudah dicari seperti spageti, tuna cili dan Hellman’s Smoky Thousand Island. Anda juga boleh mencampurkan sayuran seperti seleri, lobak dan lada benggala untuk rasa dan nutrien ekstra.

Penggemar Daging

Cubalah resepi sihat Mongolian Beef Foldover sebelum panggilan zoom seterusnya.

Mongolian Beef Foldover
Mongolian Beef Foldover (Photo: NMA)

Jika anda suka makan daging, perkara penting yang perlu anda ingat jika anda memasak di antara panggilan zoom adalah mencairbekukan daging lebih awal atau memerap daging pada malam sebelumnya, jika perlu. Kebaikan memasak daging adalah ia ramuan yang sangat versatil. Contohnya, ayam bakar atau stik; anda boleh makan dengan begitu sahaja,  atau dicarik-carik untuk diletakkan dalam sandwich atau dipotong kecil untuk digabungkan bersama salad. Memang lebih mudah untuk merancang resepi sihat apabila terdapat daging yang sudah dimasak. Tetapi keburukannya adalah bukan semua daging adalah sihat untuk dimakan, terutamanya yang diproses. Semasa membeli, pilihlah daging tanpa lemak atau kurang lemak.

Untuk semua penggemar daging di luar sana, salah satu resepi mudah, cepat dan sihat untuk dimasak sebelum sesi panggilan zoom tanpa henti anda adalah Mongolian Beef Foldover. Penyediaan hidangan ini cuma memakan masa 15 minit dan sesuai untuk 4 orang. Daging adalah sumber protein yang baik. Ia juga mengandungi vitamin seperti Vitamin B3 dan mineral seperti zink. Tambahan kalau anda mencampurkan lada benggala yang kaya dengan antioksida, ia menjadikan resepi ini resepi lebih bermanfaat untuk kesihatan tubuh badan anda.

Pencinta Makanan Jepun

Inari Quinoa Salad bukan sahaja sedap dimakan malah mudah dinikmati walaupun ketika anda berada di dalam panggilan konferens.

Salad Quinoa Inari
Salad Quinoa berkulit Inari (Photo: NMA)

Sashimi, sushi, yakitori dan tempura! Kalau nama-nama ini membuatkan air liur anda kecur, anda memang pencinta makan Jepun. Sebenarnya, makanan Jepun, jika disediakan di rumah, tidak mahal seperti yang disangka. Kebaikan lain makanan jepun  adalah ia seimbang serta saiz hidangannya bersaiz kecil yang membantu mengelakkan anda daripada terlebih makan. Keburukannya pula adalah anda perlu menyediakan pelbagai jenis hidangan. Setiap hidangan memerlukan penyediaan yang lama dan kami tak boleh janji ia boleh siap dimakan sebelum panggilan zoom yang seterusnya.

Tip pro dari kami untuk menyediakan makanan Jepun dengan pantas adalah fokus pada satu hidangan sahaja berbanding bento dengan pelbagai lauk. Juga, gunakan ramuan yang sedia dimakan seperti sayuran berbanding teppanyaki atau tempura protein. Contohnya tuna cucumber roll adalah lebih mudah disediakan berbanding soft shell crab yang digoreng dan juga soba menggunakan teh lebih mudah disediakan berbanding ramen dengan sup berasaskan protein. Di kala kita sibuk dengan jadual bekerja dari rumah, memilih alternatif mudah lebih memudahkan tanpa mengabaikan faktor kesihatan.

Satu idea resepi yang cepat dan sihat untuk pencinta makanan Jepun adalah Inari Sushi dengan Quinoa salad. Ia memerlukan 20 minit untuk disediakan dan sesuai untuk 4 orang. Quinoa mengandungi magnesium dan mangan yang membantu penyerapan kalsium. Bahan lain yang disyorkan adalah wakame dan avokado yang juga kaya dengan nutrien menjadikan resepi ini makanan super. Juga, sudahkah kami beritahu yang hidangan makanan bersaiz kecil? Satu sebab ekstra untuk mencuba resepi ini disamping mudah dimakan ketika berada di dalam panggilan zoom.

Penggemar salad

Resepi sihat tidak semestinya mengandungi 100% sayuran dan sayuran tak semestinya berwarna hijau.

Salad Soba Noodle Pelangi
Salad Soba Noodle Pelangi (Photo: NMA)

Kami tabik pencinta sayuran di luar sana! Bukan mudah mengamalkan pemakanan sihat. Selalunya ia disebabkan persepsi rasa sayur yang kurang sedap serta kekurangan idea untuk membuatkan salad kelihatan dan rasa menarik. Sebenarnya sayuran hijau tak membosankan dan ia boleh menjadi lebih menarik dengan sedikit sentuhan unik. Tambahan, bukan semua sayuran berwarna hijau dan antara salad popular yang ada boleh cuba adalah Rainbow Salad yang mampu memikat selera makan anda disamping rasa sedap serta gabungan tekstur yang unik.

Sayuran berwarna diketahui menyediakan pelbagai jenis kandungan dan nutrien. Contohnya, sayuran berwarna hangat seperti tomato, lobak dan skuasy menyediakan Vitamin C, vitamin A dan potasium. Sayuran berwarna dingin pula seperti terung, kismis serta blueberi pula kaya dengan phytonutrien yang melancarkan peredaran darah ke otak dan meningkatkan daya ingatan. Sayuran dengan daun gelap seperti bayam dan kubis daun pula menyediakan vitamin K, magnesium, kalsium dan zat besi. Tambahan, sayuran putih seperti cendawan dan bawang pula penting untuk kesihatan jantung dan kadar kolesterol. Jadi cuba bayangkan mangkuk salad yang penuh dengan pelbagai warna dari sayuran berbeza disamping manfaat yang hebat dengan setiap gigitan.

Khas untuk anda, di sini kami sediakan  beberapa resepi sihat untuk Rainbow Salad anda. Rainbow Salad dengan udang bukan sahaja penuh dengan udang dan telur rebus malah disaluti sos Miso Ponzu yang memberikan rasa masam berunsurkan soya. Jika anda mencari resepi yang lebih mengenyangkan, Rainbow Salad dengan Soba tiada daging tetapi sarat dengan sayuran berwarna, nenas, tauhu dan bijian – disaluti sos salad Roasted Sesame. Kedua salad ini mudah disediakan, memerlukan 15 minit untuk disediakan serta sesuai untuk dimakan 4 orang.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai resepi sihat di luar sana yang boleh disediakan dalam tempah masa yang singkat dan mudah. Dengan situasi sekarang di mana kebanyakan kita bekerja di rumah, kita cuma memerlukan sedikit perancangan dan pemilihan yang mengutamakan kesihatan untuk makanan yang kita makan setap hari. Tabiat sihat bagus sebagai resolusi tahun baru dan diamalkan secara berterusan sepanjang tahun. Menjaga kesihatan dan keimunan badan adalah penting demi kesihatan kita di masa hadapan. Jadi, jika anda mempunya sedikit masa terluang di antara kesibukan panggilan zoom, cabar diri anda menyediakan resepi sihat untuk diri dan keluarga tersayang anda.

Decorative Image
Kandungan disimpan ke kegemaran anda.
Kandungan dikeluarkan daripada kegemaran anda.