Makanan sihat seharian untuk keluarga - Nak Makan Apa?

Amalan Makanan Sihat Sepanjang Hari untuk Seisi Keluarga

Simpan ke kegemaran anda

Nak Makan Apa|April 18, 2022 Decorative Image

Sudah menjadi rutin harian bagi si ibu untuk menyediakan makanan yang bukan sahaja sedap dan menyelerakan tetapi memastikan ia sihat demi kesejahteraan seluruh keluarga. Namun, kekangan masa seperti kerja dan tanggungjawab lain menyebabkan para ibu tertekan dan ada kalanya hilang idea untuk menyediakan makanan sihat mengikut cita rasa semua.  

Akhirnya si ibu terpaksa mengalah kepada resipi terhad atau sama setiap hari. Bagi meringankan beban memikirkan resipi untuk sepanjang hari, kami akan membantu anda dengan beberapa tip resipi makanan sihat dengan jaminan, waktu makan akan menjadi pengalaman yang paling sempurna. Idea resipi yang bakal kami kongsi boleh mengubah persepsi anda mengenai makanan sihat yang sedap dan menyelerakan. 

Nasi Menjadi Pilihan UtamaNasi menjadi makanan ruji yang tidak dapat dielakkan

Nasi merupakan makanan wajib dalam menu harian keluarga Asia. Kaya dengan karbohidrat yang menjadi sumber tenaga untuk keperluan sepanjang hari, nasi disarankan sebagai sarapan atau makan tengah hari dalam kuantiti kecil. Antara resipi sihat bagi masakan nasi ialah Nasi Goreng Cina yang mudah dan sihat dengan kombinasi sayur, buah dan ayam. Bagi menyedapkan masakan, jangan lupa masukkan Knorr Kiub Pati Ayam sebagai penambah perasa.  

Selain itu, resipi Nasi Bakar Ayam juga satu lagi pilihan yang boleh disediakan dengan cepat. Apa yang penting, resipi ini juga tidak membelakangkan elemen kesihatan di mana setiap hidangan mengandungi purata 320 kalori sahaja. Gunakan Ladys Choice Mayonis Sebenar sebagai topping masakan tersebut. 

Nasi Tomato Seafood yang menggunakan Lady’s Choice Sapuan Tuna dengan makanan laut juga boleh dijadikan alternatif menu nasi pada hari rehat anda. Tomato sebagai bahan utama selain makanan laut, reseipi ini kaya dengan Vitamin C yang membantu dalam penyerapan zat besi dari makanan.

Diet Mudah dan SempurnaMakanan seperti wrap

Jika anda sedang berdiet atau mahukan sesuatu yang ringan dan mudah disediakan, boleh mempertimbangkan menu seperti wrap, salad atau roti.  

Satu satu pilihan bagi para ibu mendekatkan si kecil yang terlalu cerewet dengan sayur-sayuran ialah resipi Honey Garlic Broccoli Chicken Penyediaan yang mudah dan cepat, dengan bahan yang ringkas sesuai dimakan sebagai salad, inti untuk wrap atau roti mahupun dimakan bersama nasi.  

Resipi Wrap Ayam Panggang Rangup dengan Coleslow juga resipi yang akan menepati cita rasa seisi keluarga sebagai menu makan malam atau snek petang yang sihat. Jangan lupa sertakan Hellmann’s Smoky Caesar sebagai dressing ayam panggang untuk menambahkan rasa ummph!

Kimchi Penkek Kombinasi Kulinari

Kimchi Omelette pancake top-final

Jika teringin makan makanan perasa kulinari Korea, resipi Homemade Kimchi Capsicum Pancake. Masakan yang mudah ini mengambil masa kurang dari 15 minit Knorr Kiub Pati Ikan Bilis sebagai penambah perasa yang pasti memberi kepuasan sebenar.  

Bebola Daging Enak

Bebola Daging Rasa Keju Kari

Kombinasi rasa kari dan keju pastinya membuatkan anda terliur, apatah lagi ahli keluarga yang lain. Kaya dengan protein dan zat besi, resipi Bebola Daging Rasa Kari dan Keju ini boleh disediakan dalam masa setengah jam dengan kalori sekitar 400kcal. Sesuai dijadikan makan tengah hari atau petang, ia mudah disediakan menggunakan Knorr Kiub Pati Lembu dan pasti akan mengangkat anda sebagai chef pilihan keluarga. 

Untuk mereka yang mencari lebih banyak idea resipi makanan sihat,  terus melayari laman web Nak Makan Apa. Anda pasti akan lebih teruja mencuba pelbagai resipi-resipi menarik dan nikmati kepuasan memberi makanan sihat kepada ahli keluarga yang disayangi.

Decorative Image
Kandungan disimpan ke kegemaran anda.
Kandungan dikeluarkan daripada kegemaran anda.