Wooden Spoon
Purple Onion

Nasi Goreng Cina Pattaya

  • 45 minit
  • 3 Hidangan
  • Ringkas Mudah
knorr
  • 300 gm nasi putih
  • 1 biji telur
  • 50 gm isi ayam, hiris nipis
  • 100 gm udang
  • 100 gm sayur campur (karot, kacang pis, isi jagung)
  • ½ sudu kecil lada sulah
  • 1 sudu kecil Knorr Pasti Sedap Knorr Penambah Perisa Semua Dalam Satu
  • ½ sudu kecil minyak bijan
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 2 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 2 biji telur didadar
Small Plant

Langkah-langkah

  1. Panaskan minyak dan masukkan bahan tumbuk. Tumis sehingga kekuningan dan naik bau.

  2. Masukkan isi ayam dan kacau sampai agak masak dan masukkan pula isi udang.

  3. Kais sedikit bahan-bahan tumis tadi ke tepi kuali dan masukkan telur. Kacau telur sedikit supaya menjadi seperti scramble egg, tak perlu terlalu halus. Biar telur berketul-ketul.

  4. Masukkan pula Knorr Pasti Sedap, lada sulah dan juga sayuran campur.

  5. Masukkan nasi putih dan minyak bijan kemudian kacau sehingga nasi menjadi sebati dan sedikit garing. Angkat dan ketepikan.

  6. Pukul telur dengan sedikit Knorr Pasti Sedap dan goreng dadar.

  7. Bungkus nasi goreng dengan telur dadar tadi.