Kuih Siput

10min
10 Hidangan
Ringkas - Easy
Kuih Siput side

Bahan-bahan

Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:
Knorr Penambah Perisa Semua Dalam Satu
  • 500 g Tepung serbaguna
  • 150 g Mentega tanpa garam, dicairkan
  • 1 biji Telur
  • 150 ml Santan lemak rendah
    Minyak untuk menggoreng
  • 8 - 10tangkai Daun kari

Untuk pes rempah:

  • 3 sudu besar Udang kering
  • 4 ulas Bawang putih
  • 2 biji Bawang merah
  • 1 sudu besar Serbuk kari
  • 2 sudu besar Serbuk ketumbar
  • ½ sudu besar Serbuk jintan manis
  • 4 tangkai Daun kari, digoreng

Langkah-langkah

1

Campurkan tepung serbaguna dan Knorr Penambah Perisa Semua Dalam Satu dengan mentega yang dicairkan.

2

Masukkan pes rempah yang telah dikisar dan kacau sehingga sebati. Kemudian, tambah telur dan santan dan uli sehingga menjadi doh lembut.

3

Seterusnya, cubit sedikit doh untuk membentuk bebola sebesar 1cm dan gelekkan bebola doh pada acuan kuih siput. Ulangi langkah sehingga semua doh habis digunakan.

4

Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng doh kuih siput bersama daun kari secara bergiliran sehingga berwarna kuning keemasan.

5

Angkat dan toskan minyak yang berlebihan, biar sejuk sebelum simpan di dalam bekas kedap udara.

Exit mobile version