Wooden Spoon
Purple Onion

Ayam Butter Gajus

  • 35 minit
  • 3 Hidangan
  • Ringkas Mudah
knorr
  • 300 gm ayam (bahagian dada)
  • 2 sudu besar unsalted butter
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 4 tangkai cili kering
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu kecil Knorr Pasti Sedap Knorr Penambah Perisa Semua Dalam Satu
  • 1 sudu besar sos ikan
  • ½ sudu kecil minyak bijan
  • 2 sudu besar gajus (dibakar)
  • 200 ml Air
  • 3 ketul cendawan shitake
  • 49 gm brokoli
  • ½ batang Lobak merah
  • ½ bawang Holland
  • 2 tangkai daun bawang
Small Plant

Langkah-langkah

  1. Cairkan butter. Goreng cili kering sehingga garing dan ketepikan.

  2. Masukkan bawang putih dan serbuk lada hitam ke dalam butter tadi dan tumis sehingga naik bau.

  3. Masukkan ayam dan goreng sehingga hampir masak.

  4. Masukkan sos tiram, kicap, Knorr Pasti Sedap dan sos ikan.

  5. Masukkan cendawan, brokoli, carrot dan bawang holland. Masukkan air dan tunggu sehingga sayuran lembut.

  6. Masukkan cili kering, gajus dan minyak bijan. Kacau sebati.

  7. Akhir sekali masukkan daun bawang. Kacau sehingga daun layu. Siap.