Wooden Spoon
Purple Onion

Ayam Masak Kurma

  • 45 minit
  • 4 Hidangan
  • Ringkas Mudah
knorr
  • 6 ketul ayam
  • 6 sudu besar Rempah kurma
  • 3 biji Cili hijau - dibelah 2
  • 1 biji Tomato - dibelah 6
  • 2 Kentang - dibelah 4
  • 1 kotak kecil Santan pekat
  • Air secukupnya
  • Air asam jawa
  • 1 Knorr Kiub Pati Ayam
  • Garam secukupnya
  • 10 biji Bawang kecil
  • 1 labu Bawang putih
  • 1 inci halia
  • 10 biji Bawang kecil - dihiris
  • 5 ulas Bawang putih - dihiris
  • 1 inci halia
  • 1 batang Kulit kayu manis
  • 2 kuntum Bunga lawang
  • 5 biji pelaga
Small Plant

Langkah-langkah

  1. Cara penyediaan:  Tumiskan bahan menumis sehingga wangi.

  2. Masukkan ayam yang di perap dan masak sehingga rempah pecah minyak.

  3. Kemudian masukkan air secukupnya, kentang, tomato, air asam jawa.  Masak sehingga ayam lembut dan kentang empok.

  4. Masukkan santan dan biarkan mendidih.

  5. Masukkan Knorr kiub lembu.

  6. Perasakan dengan garam dan akhir sekali masukkan cili hijau dan bawang holland.

  7. Dah siap dan sedia untuk dihidang.

Tips nutrisi

Selain protein, ayam juga mengandungi vitamin seperti vitamin B dan mineral seperti zink. Vitamin B diperlukan bagi membebaskan tenaga daripada karbohidrat, protein dan lemak. Zink adalah penting untuk pertumbuhan. Ambil Pinggan Sihat Malaysia – Suku-suku Separuh sebagai panduan, hidangkan suku pinggan dengan ayam, suku pinggan dengan nasi dan separuh pinggan dengan sayur-sayuran dan buah-buahan.