

Ayam Masak Merah (Ramadan)

- 1 ekor Ayam
- 6 sudu besar Cili kering kisar
- 6 sudu besar Sos tomato
- 5 sudu besar Sos cili
- ¼ cawan Air - optional
- 1 biji Bawang kuning - hiris bulat
- 1½ cawan minyak
- ¼ cawan Kacang peas
- 2 Knorr Kiub Pati Ayam
- 3½ sudu besar gula
- ¼ sudu besar Knorr Penambah Perisa Semua Dalam Satu
- 2 biji Bawang besar
- 6 biji Bawang merah
- 2 ulas Bawang putih
- ½ inci halia

Langkah-langkah
-
Cara penyediaan: Ayam di lumur dengan ½ sudu besar serbuk Knorr Pasti Sedap dan ½ sudu besar serbuk kunyit. Kemudian goreng sehingga sekadar masak sahaja.
-
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau dan terbit minyak.
-
Masukkan cili kisar dan tumis atas api sederhana sehingga garing dan terbit minyak.
-
Kemudian masukkan kiub ayam Knorr, sos tomato, sos cili dan gula. Kacau rata. Masukkan sedikit air.
-
Setelah mendidih, masukkan ayam. Kacau rata. Akhir sekali masukkan bawang besar dan kacang peas. Jika suka, masukkan sedikit susu. Sesuaikan rasa dan boleh tutup api.
Tips nutrisi
Untuk pilihan yang lebih sihat, masakan ayam tanpa kulit kerana kulit mengandungi lemak yang tepu. Kacang peas yang segar adalah tinggi dalam vitamin C. Vitamin C menyumbang bagi penyerapan zat besi dari makanan.