Wooden Spoon
Purple Onion

Ayam Masak Merah Burrito

  • 10 minit
  • 4 Hidangan
  • Ringkas Mudah
Ayam Masak Merah Burrito
  • 4 keping Roti Lubnan/Roti Arab
  • 40 g Daun salad
  • 500 g Ayam masak merah
  • 2 sudu besar Lady's Choice Mayonis Sebenar
  • 50 g Bawang merah, dihiris halus
  • 1 sudu besar Cuka
  • 1 sudu besar Gula perang
  • 150 g Kacang pea
  • 5 sudu besar Lady's Choice Mayonis Sebenar
Small Plant

Langkah-langkah

  1. Untuk inti, potong ayam kepada kiub kecil. Kemudian, campur dengan kuah ia dan Lady’s Choice Mayonis Sebenar. Ketepikan.

  2. Untuk jeruk bawang merah, campur semua bahan-bahan dan ketepikan.

  3. Untuk sapuan kacang pea, rebus kacang pea sehingga lembut dan toskan. Kemudian, campur dengan garam dan Lady’s Choice Mayonis Sebenar dan hacurkan kepada tekstur yang serba kasar.

  4. Akhirnya, sapukan campuran kacang pea di atas roti Lubnan dan isikan dengan daun salad, inti dan jeruk bawang merah. Gulungkan ia seperti popiah dan hidangkan serta-merta.