Wooden Spoon
Purple Onion

Ayam Pansuh

  • 50 minit
  • 3 Hidangan
  • Ringkas Mudah
knorr
  • 4 biji Bawang merah
  • 2 ulas Bawang putih
  • ½ inci halia
  • 4-5 tangkai Cili padi
  • 5 ketul Ayam
  • 2 batang serai
  • 1 Knorr Kiub Pati Ayam
  • 2 tangkai Bunga Kantan
  • Pucuk ubi Kayu
  • Sedikit air
  • Garam secukupnya
Small Plant

Langkah-langkah

  1. Cara penyediaan:  Tumbukkan bawang merah, bawang putih, sedikit halia dan cili padi sehingga lumat atau boleh dikisar kering.

  2. Sediakan ayam yang dicuci bersih di dalam mangkuk besar dan masukkan kesemua bahan ditumbuk tadi.

  3. Masukkan serai yang di ketuk dan gaul rata. Kemudian masukkan Kiub pati Ayam Knorr dan bunga kantan. Kemudian gaul rata lagi.

  4. Masukkan bahan tadi kedalam periuk.

  5. Masukkan pucuk ubi ke dalam periuk dan sedikit air. Tutup periuk dan biarkan masak selama 30 minit atau lebih.

  6. Siap untuk dihidangkan.

Tips nutrisi

Ayam mengandungi protein – nutrisi yang penting bagi pertumbuhan dan perkembangan. Masakan ayam tanpa kulit adalah pilihan yang lebih sihat kerana kulit mengandungi lemak yang tepu. Tingkatkan pengambilan sayur-sayuran dengan hidangkan bersama sayuran hijau seperti sawi, pak choy dan timun.