Wooden Spoon
Purple Onion

Ayam Sprite

  • 60 minit
  • 4 Hidangan
  • Ringkas Mudah
knorr
  • (500 gram) ayam
  • (300 ml) Air Sprite
  • ¼ sudu kecil garam
  • 1 Knorr Kiub Pati Ayam
  • Minyak Masak
  • 2 ulas Bawang Putih
  • Lobak Merah
  • Kentang
  • 1 sudu besar Sos tomato
  • 1 sudu besar Sos tiram
  • 2 sudu besar Kicap manis
  • Bawang Holland
  • Tomato
  • Daun bawang
Small Plant

Langkah-langkah

  1. Cara penyediaan:  Perapkan ayam dengan air sprite. Kemudian masukkan sedikit garam dan serbuk lada hitam dan kiub Pati Ayam Knorr.

  2. Gaulkan bahan perapan dan perapkan selama 30 minit.

  3. Panaskan minyak dan gorengkan ayam sehingga keperangan. Masukkan hirisan bawang putih, carrot dan kentang sehingga garing.

  4. Masukkan air perapan tadi dan biarkan sehingga carrot dan kentang lembut.

  5. Masukkan sos tomato, sos tiram dan kicap manis. Masukkan bawang Holland dan kacau sehingga kuah menjadi pekat.

  6. Setelah itu, masukkan tomato dan daun bawang.

  7. Siap untuk dihidangkan.

Tips nutrisi

Lobak merah adalah tinggi dalam vitamin A. Vitamin A penting untuk fungsi mata serta membantu menjaga kesihatan kulit dan membrane mukus. Tomato mengandungi beberapa nutrient seperti vitamin C. Vitamin C menyumbang bagi penyerapan zat besi dari makanan.