Wooden Spoon
Purple Onion

Bihun Sup Ayam Utara

  • 20 minit
  • 4 Hidangan
  • Ringkas Mudah
Bihun Sup Ayam Utara
  • 200 g Bihun
  • 1½ tbsp Serbuk kunyit
  • Air untuk merendam bihun
  • 100 g Bawang merah
  • 10 g Bawang putih
  • 15 g Halia
  • 2 tbsp Minyak masak
  • 2 Knorr Kiub Pati Ayam
  • 800 g Ayam, dipotong ketulan kecil
  • 1 batang Serai, diketuk sedikit
  • 3 tangkai Daun sup, guna bahagian batang dan simpan daun untuk hiasan
  • 1 Sup bunjut
  • ½ sudu besar Serbuk lada sulah
  • ½ sudu besar Serbuk lada hitam kasar
  • 1.5 L Air
  • Bawang goreng, cili padi, lobak masin (dicincang)
Small Plant

Langkah-langkah

  1. Rendam bihun dengan serbuk kunyit selama 10-15 minit. Rebus dengan air rendaman sehingga menjadi lembut. Alih dari api dan toskan airnya. Ketepikan.

  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan-bahan kisar sehingga wangi. Masukkan serai dan batang daun sup, tumis seminit. Kemudian, masukkan ketulan ayam dan kacau sebati.

  3. Masukkan air dan sup bunjut, masak sehingga mendidih. Tambahkan Knorr Kiub Pati Ayam, serbuk lada sulah dan lada hitam. Reneh sehingga ayam masak sepenuhnya.

  4. Untuk hidangan, letak bihun dalam mangkuk, susun ketulan ayam di tepi dan cedokkan sup ayam ke dalam mangkuk. Hias dan hidangkan panas.