Wooden Spoon
Purple Onion

Biskut Mentega Kacang Raya

  • 18 minit
  • 25 Hidangan
  • Ringkas Mudah
lady's choice
  • 120 g Tepung gandum
  • ½ sudu teh Soda bikarbonat
  • 60 g Mentega tanpa garam
  • 45 g Gula kastor
  • 40 g Gula perang
  • 30 g Telur
  • 95 g Lady's Choice Mentega Kacang HalusSecubit garam
  • 1 cawan Kacang tanah
  • 30 g Telur, untuk sapuan
Small Plant

Langkah-langkah

  1. Satukan tepung gandum, soda bikarbonat dan garam. Ketepikan.

  2. Di dalam mangkuk besar, pukul mentega dan gula sehingga gebu. Kemudian, masukkan telur dan Lady’s Choice Mentega Kacang Halus. Pukul sehingga sebati.

  3. Masukkan campuran tepung dan kacau sehingga sebati dengan spatula. Bahagikan doh kepada bebola 8 gram dan uli menjadi bulat.

  4. Susunkan semua bebola di atas dulang pembakar, letakkan sebiji kacang tanah di atas doh dan tekankan ia kebawah sedikit agar kacang tanah sedikit tenggelam ke dalam doh.

  5. Akhirnya, sapukan telur di atas dan bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 160˚C selama 15-18 minit.