Biskut Shortbread Marble Horlicks
- 170 g Mentega tanpa garam
- 60 g Gula aising, diayak
- 100 g Horlicks Original Horlicks Original
- 40 g Serbuk badam
- 200 g Tepung serbaguna
- 250 g Cokalt untuk memasak
- 60 g Coklat putih
Langkah-langkah
-
Campurkan mentega, gula aising dan Horlicks Original sehingga sebati. Kemudiannya, masukkan serbuk badam dan tepung. Gaul sehingga membentuk doh.
-
Ratakan doh di dalam dulang pembakar 9.5” X 9.5” yang telah digriskan dengan minyak/mentega. Cucuk doh perlahan-lahan dengan menggunakan garpu dan bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180˚C selama 15-20 minit. Alih dari ketuhar dan biarkan sejuk sepenuhnya.
-
Letakkan setiap coklat di dalam mangkuk yang berasingan dan cairkan di dalam ketuhar gelombang mikro selama 30 saat masing-masing.
-
Tuangkan coklat berwarna hitam ke atas biskut yang telah disejukkan dan ratakan ia. Kemudiannya, tuangkan coklat putih di atas ia dan buat corak mengikut kesukaan peribadi dengan menggunakan lidi satay.
-
Biarkan sejuk di dalam peti sejuk selama 5 minit. Alih dari peti sjuk dan potong biskut mengikut bentuk yang dikehendaki.