Wooden Spoon
Purple Onion

Bubur Lambuk Ayam dan Oat

  • 30 minit
  • 4 Hidangan
  • Ringkas Mudah
knorr
  • 1½ Knorr Kiub Pati Ayam
  • 180 g Dada ayam, dikisar
  • 2 cawan Oat cepat masak
  • 8 cawan Air
  • 2 cawan Jagung manis
  • 1 tangkai Serai, ditumbuk
  • 1 Kayu manis
  • 2 Bunga lawang
  • 1 Bawang besar, dighiris nipis
  • Daun bawang dan bawang goreng untuk hiasan
Small Plant

Langkah-langkah

  1. Masukkan air ke dalam periuk dan biar didih. Masukkan ayam, serai, kayu manis, bunga lawang dan bawang. Reneh selama 5 minit.

  2. Masukkan jagung manis, Knorr Kiub Pati Ayam dan oat. Reneh selama 2-3 minit lagi.

  3. Hias dengan daun bawang dan bawang goreng. Sedia dihidangkan.

Tips nutrisi

Oat adalah makanan bijian penuh yang tinggi dalam serat. Pengambilan serat boleh membantu melegakan sembelit.