Wooden Spoon
Purple Onion

Resipi Burger Ayam Rangup dengan Coleslaw

  • 40 minit
  • 3 Hidangan
  • Ringkas Mudah
lady's choice
  • 50 ml Minyak masak
  • 3 biji Roti burger
  • 2 sudu besar Lady's Choice Sapuan Ayam
  • 3 keping Keju cheddar
  • 1 biji Tomato, dihiris
  • Segenggam daun salad
  • 300 g Daging ayam kisar
  • 2 sudu besar Lady's Choice Mayonis Sebenar
  • 3 sudu besar Serbuk roti
  • ½ sudu teh Campuran herba
  • ¼ sudu teh Serbuk lada hitam
  • 1 sudu teh Sos Worchester
  • 40 g Serbuk roti untuk salut patty
  • 60 g Kubis, dihiris
  • 20 g Lobak merah, dihiris
  • 4 sudu besar Lady's Choice Mayonis Sebenar
  • 1 sudu kecil Cuka
  • Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa
Small Plant

Langkah-langkah

  1. Untuk sediakan patty ayam. Campurkan semua bahan untuk patty kecuali serbuk roti untuk salut patty sehingga sebati. Bahagikan campuran kepada 3 bahagian.

  2. Bentukkan bulat kemudian leperkannya. Salutkan patty dengan serbuk roti dan goreng sehingga rangup dan masak sepenuhnya.

  3. Untuk sediakan coleslaw, campurkan semua bahan untuk coleslaw sehingga sebati.

  4. Untuk sediakan burger, bahagikan roti burger kepada dua dan goreng sehingga warna kuning keemasan. Sapukan Lady’s Choice Sapuan Ayam dan lapiskan daun salad, coleslaw, tomato, patty ayam rangup, keju cheddar dan akhirnya tutup dengan roti burger. Sedia dihidangkan.