Wooden Spoon
Purple Onion

Chicken Chop

  • 30 minit
  • 2 Hidangan
  • Ringkas Mudah
knorr
  • 2 keping Chicken Thighs
  • Tepung Gandum
  • 2 biji telur - pukul ringan
  • 70 gm breadcrumbs
  • Minyak masak secukupnya
  • ½ sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar Knorr Penambah Perisa Semua Dalam Satu
  • Black pepper kisar kasar secukupnya
  • 2 sudu besar mentega
  • 1 biji bawang besar Holland - potong dadu
  • ½ sudu besar tepung gandum
  • 1 kiub Knorr Kiub Pati Ayam
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 cawan air
  • ½ sudu besar lada hitam kisar kasar
  • ½ sudu besar kicap pekat
  • Garam - jika perlu
Small Plant

Langkah-langkah

  1. Perap ayam:  Perap ayam dengan bahan perap selama 3 jam atau semalaman. Keluarkan dan lap kering dengan kertas tuala dapur.

  2. Tabur dengan tepung dan goncang untuk membuang lebihan tepung. Celup ke dalam telur dan golek ke dalam serbuk roti.

  3. Panaskan minyak dan goreng sehingga kedua-dua belah permukaan berwarna keperangan dan masak.

  4. Sos lada Hitam: Panaskan mentega dan tumis bawang besar sehingga naik bau. Masukkan tepung gandum. Kacau rata.

  5. Masukkan kiub pati ayam, sos cili, sos tomato dan 2 cawan air.

  6. Masukkan lada hitam dan kicap pekat. Kacau rata. Angkat dan masukkan ke dalam blender dan kisar halus.

  7. Tuang semula sos yang dikisar ke dalam kuali dan kacau seketika sahaja kerana kuah akan menjadi pekat.

  8. Angkat dan tutup api.