Wooden Spoon
Purple Onion

Daging Goreng Kunyit

  • 15 minit
  • 5 Hidangan
  • Ringkas Mudah
Daging Goreng Kunyit
  • 1 Knorr Kiub Pati Lembu (6 Kiub 60g)
  • 450 g Daging, dihiris nipis
  • 1 sudu besar Serbuk kunyit
  • 1 sudu teh Serbuk ketumbar
  • 60 g Bawang kuning, dihiris
  • 3 ulas Bawang putih, dicincang
  • 85 g Kacang botol, dipotong serong
  • 2 biji Cili merah, dihiris serong
  • 2 sudu besar Minyak untuk menggoreng
Small Plant

Langkah-langkah

  1. Perap daging dengan serbuk kunyit dan serbuk ketumbar semalaman.

  2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis daging sehingga empuk.

  3. Kemudian, masukkan bawang kuning, bawang putih dan Knorr Kiub Pati Lembu. Kacau sehingga sebati.

  4. AKhirnya, masukkan kacang botol dan cili merah, kacau sehingga sebati.

  5. Angkat dan hidangkan panas.