Wooden Spoon
Purple Onion

Daging Kicap Pedas

  • 45 minit
  • 4 Hidangan
  • Ringkas Mudah
knorr
  • 300 gm daging
  • 1 biji bawang besar (ditumbuk)
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 4 sudu besar cili kisar
  • 1 batang serai
  • 6 tangkai cili padi / cili besar
  • ½ biji bawang holland
  • 4 helai daun limau purut
  • 1 batang bunga lawang
  • 1 kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • ½ batang carrot
  • 1 biji tomato
  • ¼ cawan kicap manis
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 Kiub Lembu Knorr Knorr Kiub Pati Lembu (6 Kiub 60g)
  • 400 ml Air
Small Plant

Langkah-langkah

  1. Tumis bawang dan rempah 3 sekawan sehingga wangi.

  2. Masukkan cili kisar dan tumis lagi sehingga pecah minyak.

  3. Masukkan daging dan air secukupnya. Tunggu sehingga daging lembut.

  4. Masukan serai, daun limau purut dan carrot. Gaul rata.

  5. Masukkan kicap, sos tomato dan Kiub Lembu Knorr. Kacau sebati

  6. Masukkan tomato, gaul rata. Siap.