

Horlicks Biscuit Dam

- 340 g Tepung serbaguna
- ½ sudu teh Serbuk penaik
- ½ sudu teh Garam
- 227 g Mentega tanpa garam
- 80 g Gula aising
- 40 g Gula
- 70 g Horlicks Original Horlicks Original
- 1 Telur + 1 kuning telur
- *simpan putih telur
- 340 g Tepung serbaguna
- ½ sudu teh Serbuk penaik
- ½ sudu teh Garam
- 227 g Mentega tanpa garam
- 80 g Gula aising
- 40 g Gula
- 70 g Coklat Horlicks Horlicks Pouch Chocolate
- 1 Telur + 1 kuning telur
- *simpan putih telur
- Putih telur + 1 sudu besar air, gaul rata

Langkah-langkah
-
Untuk doh A, campurkan serbuk penaik dengan garam sehingga sebati. Ketepikan.
-
Pukul mentega dengan kelajuan tinggi sehingga gebu. Kemudiannya, masukkan gula aising, gula, Horlicks Original dan pukul dengan kelajuan tinggi. Seterusnya, masukkan telur dan terus pukul dengan kelajuan tinggi sehingga sebati.
-
Masukkan campurang tepung dan pukul dengan kelajuan rendah sehingga membentuk doh. Doh akan menjadi pekat dan melekit. Bahagikan doh kepada 2 saiz 6” panjang x 2” lebar. Ketepikan.
-
Ulangi langkah 1-3 untuk bahan-bahan doh B.
-
Sejukkan kedua-dua doh di dalam peti sejuk selama 1 jam.
-
Canai kedua-dua doh menjadi saiz 5’’ x 8’’ dan ½’’ tebal. Gunakan pembaris untuk menandakan ½’’ pada doh dan kemudian potong memanjang menjadi jalur ½’’.
-
Untuk membentuk, susunkan jalur doh secara berselang-seli A dan B. Susun 3×3 untuk membentuk corak dam. Sapukan gam makanan pada setiap selang lapisan supaya lapisan melekat.
-
Balutkan doh dengan plastic wrap gred makanan dan sejukkan di dalam peti sejuk selama 30 minit.
-
Potong nipis doh lebih kurang ½” tebal dan susunkan biskut di atas dulang pembakar yang telah dialaskan dengan kertas minyak. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170˚C selama 13-14 minit atau sehingga warna kuning keemasan.
-
Simpan biskut di dalam bekas kedap udara setelah sejuk sepenuhnya.