Horlicks Udang Badam Rangup
- 50 g Horlicks Original
- 12 g Udang sederhana, dibuang kulit
- 80 g Pes ikan
- ¼ Sudu Teh Kecap Cair
- ½ Sudu Teh Minyak Bijan
- 1 Sudu Besar Tepung ubi kayu
- 40 g Kepingan badam Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa Minyak untuk menggoreng
Langkah-langkah
-
Perap udang dengan 25g Horlicks Original dan perap selama 5 minit di dalam peti sejuk.
-
Campurkan 5g Horlicks Original dengan pes ikan, kicap cair, minyak bijan, garam, serbuk lada sulah dan tepung ubi kayu sehingga menjadi pes. Sejukkan di dalam peti sejuk selama 20 minit.
-
Basahkan tangan, salutkan setiap udang dengan pes ikan dan biarkan ekor hujung udang terdedah. Kemudiannya, salut secara rata dengan kepingan badam.
-
Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng udang sehingga kuning keemasan. Angkat dan salut rata dengan 20g Horlicks Original. Hidangkan serta-merta.