Wooden Spoon
Purple Onion

Ikan Masak Ampap

  • 30 minit
  • 2 Hidangan
  • Ringkas Mudah
knorr
  • 1 biji Bawang besar
  • 2 ulas Bawang putih
  • ½ inci Kunyit hidup
  • ½ inci halia
  • 5-6 tangkai Cili padi
  • Minyak masak
  • 1 batang serai
  • ½ sudu besar Knorr Penambah Perisa Semua Dalam Satu
  • Air
  • 2 ekor Ikan Kembung
  • Mangga muda masam
Small Plant

Langkah-langkah

  1. Cara penyediaan:  Tumbukkan bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, sedikit halia & cili padi sehingga lumat.

  2. Panaskan minyak dan masukkan bahan ditumbuk. Masukkan sebatang serai dan ditumis sehingga naik bau dan sedikit garing.

  3. Masukkan serbuk Knorr Pasti Sedap dan sedikit air.

  4. Masukkan ikan yang dicuci bersih dan mangga muda masam.

  5. Biarkan sehingga ikan masak dan kuah yang pekat.

  6. Siap untuk dihidangkan.

Tips nutrisi

Ikan adalah sumber protein. Protein penting untuk pertumbuhan dan perkembangan. Selain itu, protein juga membantu membina dan memperbaiki tisu badan. Mangga mengandungi vitamin C yang tinggi. Vitamin C menyumbang bagi penyerapan zat besi dari makanan.