Wooden Spoon
Purple Onion

Ikan Tenggiri Masak Lemak Bunga Rampai

  • 35 minit
  • 3 Hidangan
  • Ringkas Mudah
knorr
  • 2 keping Ikan Tenggiri
  • 1 biji Bawang besar
  • 3 ulas Bawang besar
  • 7-8 tangkai Cili padi
  • ½ inci halia
  • ½ inci Kunyit hidup
  • 1 batang serai
  • 2 cawan Santan pekat
  • 1 Knorr Kiub Pati Ikan Bilis
  • Daun kunyit Dihiris halus
  • Daun kesum Dihiris halus
Small Plant

Langkah-langkah

  1. Cara Penyediaan:  Gorengkan ikan tenggiri yang telah disalutkan dengan serbuk kunyit dan garam di dalam minyak panas. Jangan goreng terlalu garing.

  2. Bila ikan dah masak, boleh angkat dan ketepikan.

  3. Tumbukkan bawang besar, bawang putih, cili padi, sedikit halia, sedikit kunyit hidup dan dua batang serai sehingga lumat.

  4. Tumiskan bahan tumbuk sehingga naik bau dan masukkan serai. Masukkan santan pekat dan kacaukan.

  5. Masukkan Kiub Ikan Bilis Knorr dan kacau sehingga kiub itu hancur. Masukkan Asam Keping.

  6. Bila santan pekat, masukkan ikan dan digaul rata.

  7. Masukkan kirisan daun kunyit dan daun kesum.

  8. Setelah kuah pekat, keluarkan asam keping.

  9. Siap untuk dihidangkan.

Tips nutrisi

Gantikan santan dengan yoghurt asli untuk pilihan yang lebih sihat kerana yoghurt mengandungi lebih nutrisi seperti kalsium dan lebih kurang lemak tepu. Hidangkan resepi ini bersama sayur-sayuran seperti bayam, lobak merah dan brokoli atau sayur kegemaran anda.