Wooden Spoon
Purple Onion

Kari Ayam Mamak dengan Roti Canai

  • 30 minit
  • 6 Hidangan
  • Ringkas Mudah
Kari Ayam Mamak dengan Roti Canai
  • 2 kiub Knorr Kiub Pati Ayam
  • 600 g Ayam, potong ketulan kecil
  • 300 g Bawang besar, dihiris nipis
  • 80 g Bendi
  • 20 g Bawang putih, dihiris
  • 30 g Halia, dihiris
  • 2 batang Serai, ditumbuk
  • 1 batang Kayu manis
  • 6 kuntum Bunga cengkih
  • 2 kuntum Bunga lawang
  • 6 biji Buah pelaga
  • 8 tangkai Daun kari
  • 3 tangkai Cili kering, dihiris nipis
  • 3 biji Cili hijau, dibahagi 4
  • 85 g Serbuk kari ikan + 1 cawan air, dijadikan pes
  • 200 g Tomato, dihiris kasar
  • 5 cawan Air
  • ½ cawan Minyak masak
  • 6 helai Roti canai
Small Plant

Langkah-langkah

  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bawang besar, bawang putih dan serai sehingga warna perang dan empuk.

  2. Masukkan semua rempah ratus dan tumis selama 2 minit. Kemudiannya, masukkan pes kari ikan dan tomato, terus goreng lagi selama 2 minit.

  3. Akhirnya, masukkan ayam dan kacau sehingga sebati. Tambah air sedikit demi sedikit dan biar mereneh.

  4. Apabila ayam sudah masak, masukkan bendi dan Knorr Kiub Pati Ayam. Kacau rata dan reneh selama 5 minit. Padamkan api dan hidangkan bersama roti canai.