Kek Coklat Moist Raya
- 195 g Tepung gandum, diayak
- 45 g Serbuk koko, diayak
- ¾ tsp Serbuk penaik, diayak
- ¾ tsp Soda bikarbonat, diayakSecubit garam
- 2 biji Telur
- 200 g Gula
- 2 tsp Esen vanila
- 190 g Lady's Choice Mayonis Sebenar
- 255 ml Susu lemak rendah
- 40 g Coklat susu
- 40 g Coklat hitam
- 20 g Lady's Choice Mayonis Sebenar
- 20 g Susu lemak rendah
Langkah-langkah
-
Satukan tepung gandum, serbuk koko, serbuk penak, soda bikarbonat dan garam. Ketepikan.
-
Di dalam mangkuk besar, satukan telur, gula dan esen vanilla. Pukul sehingga gebu dan kemudiannya masukkan Lady’s Choice Mayonis Sebenar. Pukul sehingga sebati.
-
Masukkan ¾ campuran tepung dan susu ke dalam adunan dan kacau dengan spatula. Kemudian, masukkan baki campuran tepung dan kacau sehingga sebati.
-
Tuangkan adunan kek ke dalam Loyang kek 7 inci yang telah dilapis dengan kertas pembakar. Bakar kek di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada sushu 160˚C selama 40-45 minit atau sehingga lidi keluar bersih. Ketepikan untuk sejuk.
-
Untuk topping coklat, cairkan coklat di dalam gelombang mikro dan masukkan Lady’s Choice Mayonis Sebenar dan susu. Kacau sehingga sebati.
-
Untuk menghidang, taburkan topping coklat di atas kek. Hias dengan buah-buah dan bunga yang boleh dimakan mengikut kesukaan individu.