Wooden Spoon
Purple Onion

Kek Kukus Horlicks

  • 65 minit
  • 20 Hidangan
  • Ringkas Mudah
Kek Kukus Horlicks
  • 30 g Horlicks Original Horlicks Original
  • 30 g Coklat Horlicks Horlicks Pouch Chocolate
  • 40 g Keju krim
  • 35 ml Susu + 2tbsp Horlicks original
  • 30 ml Minyak sayuran
  • 400 g Putih telur
  • ¼ sudu teh Garam
  • 1 sudu teh Krim tartar
  • 120 g Gula
  • 120 g Tepung protein rendah, diayak
Small Plant

Langkah-langkah

  1. Alaskan tin roti dengan kertas pembakar.

  2. Panaskan susu dengan api rendah dan cairkan serbuk-serbuk Horlicks. Ketepikan.

  3. Panaskan keju krim sehingga lembut sedikit, masukkan campuran Horlicks dan gaul rata. Masukkan minyak dan gaul rata. Ketepikan.

  4. Pukul putih telur bersama dengan garam, krim tartar dan gula dengan menggunakan pemutar pada kelajuan tinggi sehingga puncak yang tegar dibentuk.

  5. Masukkan tepung dan tukar kepada kelajuan rendah.

  6. Masukkan campuran krim ke dalam campuran telur dan gaul rata.

  7. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian yang sama jumlahnya. Masukkan Horlicks Original ke dalam salah satu bahagian dan gaul rata. Ulangi langkah untuk Coklat Horlicks dan adunan bahagian yang lain.

  8. Tuangkan selapis adunan Coklat Horlicks ke dalam tin roti dan ratakan ia. Kemudiannya, tabur selapis adunan Horlicks Original di atas ia. Ulangi langkah sehingga kedua-dua adunan habis.

  9. Kukus dengan api sederhana selama 25-30 minit atau sehingga kek masak sepenuhnya.