Wooden Spoon
Purple Onion

Kepak Ayam Goreng Tom Yam

  • 40 minit
  • 4 Hidangan
  • Ringkas Mudah
Kepak Ayam Goreng Tom Yam
  • 800 g Kepak ayam
  • 2 sudu besar Knorr Pes Tom Yam
  • 1 sudu besar Minyak bijan
  • 2 Putih telur
  • 1 sudu teh Gula perang
  • 2 sudu teh Tepung ubi kentang (Gaul sebati)
  • 2 sudu besar Tepung gandum (Gaul sebati)
  • Minyak masak untuk menggoreng
  • 260 g Timun, dihiris kasar
  • 160 g Tomato, dihiris kasar
  • 20 g Bawang merah, dihiris nipis
  • 1 tangkai Dill
  • 4 sudu besar Minyak zaitun
  • Secubit serbuk lada hitam
Small Plant

Langkah-langkah

  1. Untuk salad, campurkan semua bahan-bahan sehingga sebati dan sejukkan di dalam peti sejuk selama 30-45 minit.

  2. Perap kepak ayam dengam Knorr Pes Tom Yam, minyak bijan, putih telur dan gula perang selama 30 minit.

  3. Panaskan minyak di dalam kuali. Salutkan kepak ayam dengan campuran tepung dan goreng sehingga perang keemasan. Hidangkan panas dengan salad timun dan tomato.